Al-Quran In Word: Bagaimana untuk menaip Ayat Al-Quran?

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93703191/d7eafd7d/SetupQuranInWordMalay13.html

Mungkin menjadi persoalan kepada pihak-pihak tertentu terutamanya kepada warga pendidik dan sebagainya bagaimana caranya untuk membolehkan mereka memasykkan ayat-ayat Al-Quran ke dalam dokumen-dokumen, kertas kerja dan sebagainya. Saya akan membawa satu cara yang mana melalui cara ini anda tidak perlu taip. Anda hanya perlu klik untuk memasukkan ayat-ayat dan juga boleh disertakan dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Perisian ini serasi dan sesuai untuk digunakan dengan Microsoft Word tidak kira versi 2003 atau 2007. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan Microsoft Word 2007.
1. Sila muaturun perisian "Quran In Word 1.3" dan seterusnya "install" pada komputer anda. Digalakkan untuk "Restart" setelah anda meng"install"nya.
2. Buka Microsoft Word dan anda akan dapati ada "Tab Add Ins". Klik pada "Tab" tersebut. (Rajah 1)

3. Klik pula pada "Al-Quran" dan pilih pilihan yang anda mahu;
-Get Arabic+Translation untuk mendapatkan Ayat serta terjemahannya.
-Get Arabic untuk mendapatkan ayatnya sahaja.
-Get Translation pula adalah untuk mendapatkan terjemahan sahaja.
Saya memilih Get Arabic+Translation
4. Pilih Surah, Ayat, Saiz "Font" dan Bahasa Terjemahan. (Rajah 2)

5. Klik OK dan anda akan lihat hasilnya.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

p/s Untuk muaturun terjemahan ke dalam bahasa-bahasa lain sila klik SINI.

Maklumat Ringkas

Nama: Al-Quran In Word 1.3
Laman Web Pengeluar: http://myquran.org/msword/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ringkas.
Keburukan: Jenis khat yang digunakan.

Comments