Rocket Dock 1.3.5: Pintasan bergaya.

Muaturun

Ramai pemilik komputer terutamanya Windows XP ingin menjadikan komputer mereka seperti Windows Vista. Antara cara yang dilakukan ialah mengubah "Theme" komputer tersebut. Namun tidak perlu mengubah "Theme" semata-mata untuk mempunyai "Rocket Dock"
Apa yang boleh saya simpulkan mengenai "Rocket Dock" ialah perisian ini merupakan satu susunan pintasan seperti My Computer, My Document dan sebagainya dan fungsinya boleh ditambah.Jadi, saya syorkan Rocket Dock 1.3.5
1. Muaturun Rocket Dock 1.3.5
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Kini anda akan dapati terdapat koleksi pintasan di bahagian atas "Dekstop". (Rajah 1)

4. Saya akan menerangkan "Setting"nya. Sila klik butang "Dock Settings..." (Rajah 2)

-Butang Style (Rajah 3)
Anda boleh mengubah "Theme", "Opacity", "Font" dan sebagainya.

-Butang Behavior (Rajah 4)
Anda boleh setkan mengenai "Auto-Hide" dan "Effect"

5. Penambahan pintasan boleh dilakukan dengan mengklik kanan pada latar belakang "Rocket Dock". Klik pula Add Item> Path. Sebagai contoh saya ingin menambah pintasan "ThumbDrive" saya jadi saya perlu klik Add Item>Path>SYAMIRUL (G:) (Rajah 5)

6. Kini anda akan nampak hasilnya. Saya akui "Icon" pega "Thumbdrive" saya agak buruk. Jadi, untuk mengubahnya, klik kanan pada ikon berkenaan dan klik "Icon Settings..." (Rajah 6)

7. Kini pilihlah ikon yang sesuai. Saya memilih ikon "Hard Drive.png" (Rajah 7)

8. Anda juga boleh mengubah posisi ikon berkenaan dengan hanya "Drag"nya ke kiri atau kanan.
9. Kekemasan boleh ditampakkan dengan meletakkan "Separator" atau pembahagi. Klik kanan>Add Item>Seperator (Rajah 8)

Terdapat banyak lagi "Settings" yang boleh dilakukan seperti menetapkan posisinya dan sebagainya. Jangan lupa mencuba semua "Setting"nya.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: Rocket Dock 1.3.5
Laman Web Pengeluar: http://rocketdock.com/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ikon yang cantik.
Keburukan: -

Comments