Halaman

Dec 18, 2008

Jawi Multikey: Bagaimana untuk menaip Jawi?

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93702303/531e9413/jawi_multikey.html

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang kini kembali berkembang di kalangan masyarakat. Murid-murid kini semakin ramai boleh membaca dan menulis Jawi. Saya amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan untuk memartabatkan tulisan ini. Tahniah saya ucapkan. Namun sebahagian daripada kita tidak tahu untuk menaip tulisan jawi dalam komputer. Ada diantara kita yang menambah bahasa Arab pada komputer mereka untuk untuk membulehkan mereka menulis Jawi tetapi malangnya dengan cara ini, terdapat beberapa huruf yang tidak dapat ditaip seperti cha, ga, nya dan sebagainya.
Cara yang akan saya bawakan ialah dengan menggunakan perisian percuma "Jawi Multikey"
1. Muaturun perisian Jawi Multikey
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Sebagai contoh sila buka Microsoft Word. Sebelum itu, "Double-Click" pada Ikon Jawi Multikey yang terdapat pada "Desktop" (Rajah 1)

4. Biasanya akan terhasil "Window" berwarna biru. Jangan panik, tunggu sehingga "Window" tersebut hilang. (Rajah 2)

5. Aktifkan perisian Microsoft Word. Klik kanan pada "Icon Tray" yang bersimbol "a" dan klik Right to Left>Jawi. (Rajah 3)

6. Klik semula pada perisian Microsoft Word tadi. Pastikan "Icon Tray" tadi berubah pada bentuk "X" atau lebih tepat lagi bentuk Huruf Alef dalam Bahasa Hebrew. Jika tidak, ulang semula langkah 5.
7. Ini adalah prosedur yang paling penting
-Ubah "Font" kepada "Font" yang terdapat perkataan "Jawi". Pilih jenis khat yang sesuai.
-Ubah saiz "Font" kepada 14
-Tukar "Align To Left" kepada "Align To Right"
8. Tulis perkataan yang dimahukan. Terjemahan huruf Roman kepada Jawi boleh dirujuk dengan mengklik Start>All Programs>Jawi Multikey>Tabel (Rajah 4)

9. Setelah selesai kerja, klik kanan pada "Icon Tray" tadi den tekan "Exit"
Ada perkara yang perlu saya kongsi mengenai perisian ini. Sepanjang menggunakannya, pelbagai masalah timbul seperti "Thjoose Sidebar" tertutup, ralat "Not Responding" pada Microsoft Power Point dan sebagainya. Namun dari segi fungsi, perisian ini sangat bagus untuk digunakan.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

20 comments:

  1. Setakat ini, saya masih belum faham mengapa perisian ini tidak berfungsi untuk Windows 7...jadi, siapa yang ada perkongsian, bolehlah sama-sama berkongsi di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawi Multikey running fine kat Windows 7, ensure multikey.exe file running pakai compatibility mode - windows 95/98/Vista/XP semua ok.
      By default in Windows 7, Multikey icon akan minimised kat taskbar. Hover your mouse kat icon multikey, right click your mouse, select Notification area. Tu je...

      Delete
    2. terima kasih UtinZ atas perkongsian...

      Delete
  2. السلام عليكم..
    saya nak bertanya..
    saya tak dapat tulis huruf ض غ ث خ ؤ jika saya menggunakan font 'Jawi naskh' dan font² lain. sedara tahu tak caranya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...

      (1) Untuk menulis huruf Dhad, sila klik "L besar". Dan pastikan saudara telah mengikuti langkah di atas dengan baik. Untuk melihat senarai penuh huruf-huruf dalam Jawi Multikey ini, sila rujuk http://www.ziddu.com/download/15072995/TABEL.RTF.html

      Delete
    2. السلام عليكم
      sy mnghadapi msalah yg sama sperti nakma..juga dah cuba font lain dan rujuk link yg syamirul berikan tp masih x berjaya..mohon bantuan ye

      Delete
    3. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

      Oh kalau begitu, saya tidak ada idea lagi, bagaimana utk betulkannya. Maaf...

      Delete
  3. Assalamualaikum.. bagaimana pula caranya utk mendapatkan tanda kepala shod dan sukun seperti yg terdapat dalam rasm uthmani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Selamat datang.

      1. Kepala shod tiada dalam perisian ini.

      2. Hanya ada sukun bulatan penuh. Untuk sukun berbentuk sabit tiada. Untuk sukun sila guna huruf kecil "o".

      3. Sila rujuk panduan di sini http://www.ziddu.com/download/15072995/TABEL.RTF.html

      Terima kasih.

      Delete
    2. kalau x silap saya la.. guna Arabic Pad 1.4 lg mudah ,siap boleh tlis jawi n boleh run x kira version OS keluaran windows termasuk windows 7, saya dah cuba agak snng dan percuma.... dan tanda sukun ada kot n kalu nak lagi banyak gna la Kelk2010.. wallahua'lam

      Delete
    3. Terima kasih AcreaTIVE atas info. Saya pun pertama kali mendengar Arabic Pad ini. Terima kasih.

      Delete
  4. ASSALAMMUALAIKUM...

    Saya masih tidak boleh menggunakan multikey utk window 7...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      saya telah mencuba sebentar tadi, dan ia beroperasi seperti biasa dalam Windows 7.

      Apa yang mampu saya cadangkan, pastikan anda laksanakan arahan no. 7 di atas.

      Terima kasih.

      Delete
  5. Assalamualaiku, sya guna windows 8 dan ofice 13, install jawi dan quran word tapi dua dua x leh fungsi.. Sapa bole bantu. Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam! saya pengguna Windows 7, office 2010, masalah saya cursor masih left to right walaupun arahan sudah dipilih dari klik kanan.

    ReplyDelete
  7. icon a xde pun...sy dah cuba hampir 10 kali kut..kenapa erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti, maaf...saya sendiri pun sudah lama tak gunakan perisian ini...

      Delete
  8. Ebook Mudahnya menulis jawi dan arab di MS Word.Dapatkan segera di www.tulisjawi.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. saya sudah installdan run. ttapi kenapa ikon right to left pada tray ikon multikey tidak ada. juga kenapa huruf A bukannya huruf ALIF jawi

    ReplyDelete
  10. salam.. kenapa yang jawi multikey sudah tak boleh digunakan selepas sy format laptop.. dah install tapi huruf a akan jd huruf kho

    ReplyDelete

Terkini

Ulasan Buku 2019

Di penghujung tahun 2019 ini, saya senaraikan beberapa buah buku yang sempat dibaca sepanjang tahun ini, sebagai nota peribadi dan cadang...