Dec 18, 2008

Glary Utilities: Perisian Serbaguna.

Muaturun

Kali ini saya akan berkongsi tentang satu perisian yang serbaguna dan mudah digunakan. Hakikatnya, sebenarnya perisian ini merupakan gabungan pelbagai perisian. Perisian ini juga ringan, hanya bersaiz 15.4 MB selepas di"install".
1. Muaturun Rocket Dock 1.3.5
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Kini saya akan menceritakan mengenai fungsinya. Secara umumnya perisian ini terdiri daripada tiga "Tab" utama.
-Status (Rajah 1)
Pada "Tab" ini, anda boleh "Check for Updates" dan "Register"

-1-Click Maintenance (Rajah 2)
Pada "Tab" ini, anda boleh menjalankan proses "Registry Cleaner", "Shortcuts Fixer", "Startup Manager", "Temporary File Cleaner", "Tracks Eraser" dan "Spyware Remover".

- Modules (Rajah 3)
Bahagian inilah bahagian yang paling kompleks. Secara amnya, bahagian ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu "Clean Up & Repair", "Optimize & Improve", "Privacy & Security", "Files & Folders" dan "System Tools".

Terdapat pelbagai fungsi yang berguna di bahagian ini sehinggakan tidak mampu saya senaraikannya. Cubalah sendiri!
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: Glary Utilities
Laman Web Pengeluar: http://www.glaryutilities.com/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Antaramuka yang cantik dan fungsi yang banyak.
Keburukan: Tidak dapat mengesan malware dengan tepat.

Rocket Dock 1.3.5: Pintasan bergaya.

Muaturun

Ramai pemilik komputer terutamanya Windows XP ingin menjadikan komputer mereka seperti Windows Vista. Antara cara yang dilakukan ialah mengubah "Theme" komputer tersebut. Namun tidak perlu mengubah "Theme" semata-mata untuk mempunyai "Rocket Dock"
Apa yang boleh saya simpulkan mengenai "Rocket Dock" ialah perisian ini merupakan satu susunan pintasan seperti My Computer, My Document dan sebagainya dan fungsinya boleh ditambah.Jadi, saya syorkan Rocket Dock 1.3.5
1. Muaturun Rocket Dock 1.3.5
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Kini anda akan dapati terdapat koleksi pintasan di bahagian atas "Dekstop". (Rajah 1)

4. Saya akan menerangkan "Setting"nya. Sila klik butang "Dock Settings..." (Rajah 2)

-Butang Style (Rajah 3)
Anda boleh mengubah "Theme", "Opacity", "Font" dan sebagainya.

-Butang Behavior (Rajah 4)
Anda boleh setkan mengenai "Auto-Hide" dan "Effect"

5. Penambahan pintasan boleh dilakukan dengan mengklik kanan pada latar belakang "Rocket Dock". Klik pula Add Item> Path. Sebagai contoh saya ingin menambah pintasan "ThumbDrive" saya jadi saya perlu klik Add Item>Path>SYAMIRUL (G:) (Rajah 5)

6. Kini anda akan nampak hasilnya. Saya akui "Icon" pega "Thumbdrive" saya agak buruk. Jadi, untuk mengubahnya, klik kanan pada ikon berkenaan dan klik "Icon Settings..." (Rajah 6)

7. Kini pilihlah ikon yang sesuai. Saya memilih ikon "Hard Drive.png" (Rajah 7)

8. Anda juga boleh mengubah posisi ikon berkenaan dengan hanya "Drag"nya ke kiri atau kanan.
9. Kekemasan boleh ditampakkan dengan meletakkan "Separator" atau pembahagi. Klik kanan>Add Item>Seperator (Rajah 8)

Terdapat banyak lagi "Settings" yang boleh dilakukan seperti menetapkan posisinya dan sebagainya. Jangan lupa mencuba semua "Setting"nya.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: Rocket Dock 1.3.5
Laman Web Pengeluar: http://rocketdock.com/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ikon yang cantik.
Keburukan: -

Athan Basic: Komputer melaungkan azan apabila masuk waktu!

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93702271/f39309cf/AthanBasic.html

Perisian Athan Basic ini sangat berguna dan sangat unik. Azan akan dilaungkan apabila telah masuk waktunya. Selain azan, perisian ini juga akan memdaca doa selepas azan, menunjuk arah kiblat dan tarikh Hijrah. Perisian ini boleh disetkan berdasarkan tempat, cara pengiraan waktu, jenis azan dan sebagainya. Terdapat dua jenis perisian ini iaitu Athan Basic dan Athan Pro. Terdapat sedikit bayaran untuk memiliki Athan Pro tetapi percuma bagi Athan Basic
1. Muaturun Athan Basic
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Kini saya akan menerangkan tentang "Setting"nya
-Select Athan (Pemilihan Azan) (Rajah 1)

-Location (Lokasi)
Anda boleh memilih Negara, Bandar dan secara automatik akan diubah Longitud, Latitut, Zon Masa dan sebagainya. (Rajah 2)

-Calculation Method (Kaedah Pengiraan) (Rajah 3)

-Juristic Method
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: Athan Basic
Laman Web Pengeluar: http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php
Lesen: Percuma

Kebaikan: Sangat berfaedah.
Keburukan: Agak berat berbanding Salaat Time.

Thoosje Vista Sidebar 2.5: Sidebar untuk Windows XP

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93701900/d535ef91/thoosje-sidebar-25-installer.html

Ramai pemilik komputer terutamanya Windows XP ingin menjadikan komputer mereka seperti Windows Vista. Antara cara yang dilakukan ialah mengubah "Theme" komputer tersebut. Namun tidak perlu mengubah "Theme semata-mata untuk mempunyai "Sidebar"
Saya mengesyorkan Thoojse Vista Sidebar.
1. Muaturun Perisian Thoojse Vista Sidebar
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. "Double-Click" pada Ikon Thoojse Sidebar yang terdapat pada "Desktop".
4. Mula-mula, kita akan memilih latar belakang yang sesuai. Klik Simbol Tambah>Skins dan pilih yang sesuai. Saya memilih "Stream" (Rajah 1)

5. Seterusnya kita akan menambah "Gadget". Klik butang Gadget dan pilih gajet yang dimahukan. Setelah klik, "Drag" gajet-gajet tersebut dan susunkannya di bahagian kiri "Desktop". (Rajah 2)

6. Untuk gajet jam atau "Clock", anda boleh memilih corak yang berlainan. Klik butang Clocks dan pilih corak atau "Design" kesukaan anda. (Rajah 3)

Perisian ini tidak diaktifkan secara automatik apabila komputer dibuka. Jadi,
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: Thoosje Vista Sidebar 2.5
Laman Web Pengeluar: http://www.thoosje.com/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan, cantik, elegan dan kemas.
Keburukan: Kadang-kala terganggu jika perisian lain sedang digunakan.

Jawi Multikey: Bagaimana untuk menaip Jawi?

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93702303/531e9413/jawi_multikey.html

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang kini kembali berkembang di kalangan masyarakat. Murid-murid kini semakin ramai boleh membaca dan menulis Jawi. Saya amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan untuk memartabatkan tulisan ini. Tahniah saya ucapkan. Namun sebahagian daripada kita tidak tahu untuk menaip tulisan jawi dalam komputer. Ada diantara kita yang menambah bahasa Arab pada komputer mereka untuk untuk membulehkan mereka menulis Jawi tetapi malangnya dengan cara ini, terdapat beberapa huruf yang tidak dapat ditaip seperti cha, ga, nya dan sebagainya.
Cara yang akan saya bawakan ialah dengan menggunakan perisian percuma "Jawi Multikey"
1. Muaturun perisian Jawi Multikey
2. Seterusnya "Install" perisian tersebut. Digalakkan untuk me"Restart" komputer anda selepas proses "Install".
3. Sebagai contoh sila buka Microsoft Word. Sebelum itu, "Double-Click" pada Ikon Jawi Multikey yang terdapat pada "Desktop" (Rajah 1)

4. Biasanya akan terhasil "Window" berwarna biru. Jangan panik, tunggu sehingga "Window" tersebut hilang. (Rajah 2)

5. Aktifkan perisian Microsoft Word. Klik kanan pada "Icon Tray" yang bersimbol "a" dan klik Right to Left>Jawi. (Rajah 3)

6. Klik semula pada perisian Microsoft Word tadi. Pastikan "Icon Tray" tadi berubah pada bentuk "X" atau lebih tepat lagi bentuk Huruf Alef dalam Bahasa Hebrew. Jika tidak, ulang semula langkah 5.
7. Ini adalah prosedur yang paling penting
-Ubah "Font" kepada "Font" yang terdapat perkataan "Jawi". Pilih jenis khat yang sesuai.
-Ubah saiz "Font" kepada 14
-Tukar "Align To Left" kepada "Align To Right"
8. Tulis perkataan yang dimahukan. Terjemahan huruf Roman kepada Jawi boleh dirujuk dengan mengklik Start>All Programs>Jawi Multikey>Tabel (Rajah 4)

9. Setelah selesai kerja, klik kanan pada "Icon Tray" tadi den tekan "Exit"
Ada perkara yang perlu saya kongsi mengenai perisian ini. Sepanjang menggunakannya, pelbagai masalah timbul seperti "Thjoose Sidebar" tertutup, ralat "Not Responding" pada Microsoft Power Point dan sebagainya. Namun dari segi fungsi, perisian ini sangat bagus untuk digunakan.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Al-Quran In Word: Bagaimana untuk menaip Ayat Al-Quran?

Muaturun: http://www.4shared.com/file/93703191/d7eafd7d/SetupQuranInWordMalay13.html

Mungkin menjadi persoalan kepada pihak-pihak tertentu terutamanya kepada warga pendidik dan sebagainya bagaimana caranya untuk membolehkan mereka memasykkan ayat-ayat Al-Quran ke dalam dokumen-dokumen, kertas kerja dan sebagainya. Saya akan membawa satu cara yang mana melalui cara ini anda tidak perlu taip. Anda hanya perlu klik untuk memasukkan ayat-ayat dan juga boleh disertakan dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Perisian ini serasi dan sesuai untuk digunakan dengan Microsoft Word tidak kira versi 2003 atau 2007. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan Microsoft Word 2007.
1. Sila muaturun perisian "Quran In Word 1.3" dan seterusnya "install" pada komputer anda. Digalakkan untuk "Restart" setelah anda meng"install"nya.
2. Buka Microsoft Word dan anda akan dapati ada "Tab Add Ins". Klik pada "Tab" tersebut. (Rajah 1)

3. Klik pula pada "Al-Quran" dan pilih pilihan yang anda mahu;
-Get Arabic+Translation untuk mendapatkan Ayat serta terjemahannya.
-Get Arabic untuk mendapatkan ayatnya sahaja.
-Get Translation pula adalah untuk mendapatkan terjemahan sahaja.
Saya memilih Get Arabic+Translation
4. Pilih Surah, Ayat, Saiz "Font" dan Bahasa Terjemahan. (Rajah 2)

5. Klik OK dan anda akan lihat hasilnya.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

p/s Untuk muaturun terjemahan ke dalam bahasa-bahasa lain sila klik SINI.

Maklumat Ringkas

Nama: Al-Quran In Word 1.3
Laman Web Pengeluar: http://myquran.org/msword/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ringkas.
Keburukan: Jenis khat yang digunakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails