Baju Batik Rasmi Baharu SMAP Labu: Fakta menarik yang boleh dikongsi!


Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 
Pada tahun 2009 ini, pelajar SMAP Labu menerima corak baju batik yang baharu. Rajah 1) Bagi ahli MPP yang terdiri daripada LKP dan BDK menerima baju yang sudah siap manakala bagi pelajar biasa, mereka diberi pilihan untuk membeli kain. Tidak ketinggalan PRS yang kini menjadi sebahagian MPP turut menerima baju batik baharu yang berwarna ungu.

Jika diperhatikan, baju batik ini tiada perbezaan atau ciri-ciri yang istimewa namun pada pengamatan saya saya telah menemui dua ciri yang menarik pada pakaian ini.
1. Terdapat tulisan SMAP Labu dalam Tulisan Jawi
Mungkin sayalah orang yang pertama menyedari kewujudan tulisan ini. Tulisan ini wujud pada imej "Daun Hijau yang Paling Besar" (Rajah 2). Saya mula menyedari kewujudan ini ketika berada dalam keretapi untuk pulang ke Pulau Pinang.

2. Terdapat perbezaan pada sulaman latar belakang baju.
Perkara ini sudah mungkin disedari pelbagai pihak namun ada juga yang masih belum tahu. Jika anda memerhatikan corak sulaman yang ada, terdapat 4 corak yang dapat dikenalpasti iaitu
1) Garisan Cakar-Cakar
2) Susunan Batu Bata
3) Bintik Bintik Kecil
4) Susunan Batu Kecil (Saya Punya!)
Harap perkara ini dapat disebarkan kepada seluruh pelajar SMAP Labu serta memberitahu mereka tentang kewujudan laman ini supaya mereka boleh merujuk.

Comments