Original File Splitter: Jangan cemas jika storan penuh!

Perisian ini merupakan perisian yang sangat ringkas. Namun fungsinya sangat besar. Saya bawakan satu situasi. Anda mahu memindahkan fail bersaiz 16 MB tetapi storan anda hanya berbaki 10 MB. Jadi anda berlu membahagikan fail tersebut kepada dya bahagian untuk membolehkan anda memindahkannya. Jadi anda perlu memindahkan fail tersebut dua kali. Selepas proses pemindahan, anda boleh menggabungkan semula fail tersebut. Inilah fungsi Original File Splitter.
1. Muaturun Free CD Ripper 3.1
2. Anda tidak perlu "Install" file tersebut kerana perisian ini mudah alih, hanya perlu disimpan dalam storan anda. Sebelum itu, "Extract" fail yang anda download tadi.
3. Sekarang saya akan menerangkan tentang cara penggunaannya. Cara untuk memisahkan fail ialah dengan mengklik Split File>Choose File. Pilih fail yang berkenaan (Rajah 1)

4. Fail tersebut akan terpisah kepada format "hkc" dan "hkm".
5. Pindahkan fail tersebut
6. Penggabungan fail tadi boleh dilakukan dengan klik pada Join File>Choose File. Pilih fail berkenaan yang berformat "hkm". (Rajah 2)

7. Klik butang "Start Splitting and Joining" dan penggabungan selesai.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.


Maklumat Ringkas

Nama: Original File Splitter 1.1
Laman Web Pengeluar: -
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan, tidak perlu pemasangan (install) dan ringkas.
Keburukan: -

Comments