Halaman

Apr 13, 2009

PicPick: Tangkap Gambar Apa Yang Anda Lihat Pada "Dekstop"!

PicPick adalah perisian yang sangat membantu saya terutamanya dalam penerbitan artikel-artikel di laman ini. PicPick mampu menjalankan proses "Printscreen" yang lebih kompleks. Anda boleh memilih untuk menangkap gambar Skrin Penuh, Skrin Aktif dan banyak lagi.
1. Muaturun Free CD Ripper 3.1
2. Anda tidak perlu meng"install" perisian tersebut tetapi hanyalah perlu meng"extract" fail yang dimuaturun tadi.
3. Buka "folder" yang di"extract" tadi. Klik pada ikon PicPick (Rajah 1).


Selepas itu anda akan dapati terdapat "icon tray" PicPick pada Taskbar(Rajah 2)


4. Kini saya akan menceritakan tentang fungsinya. Sebelum itu, anda perlu mengetahui "Hot keys"nya. Klik kanan pada "icon tray" tadi. Ingatlah segala "hot keys"nya.(Rajah 3)


5. Selepas mengetahui "hot keys"nya, saya akan menerangkan fungsi setiap tugasan.
-Capture Full-Screen
Pilihlah tugasan ini jika anda mahu menangkap gambar keseluruhan skrin (Rajah 4)

-Capture Active Window

Tugasan ini adalah untuk menangkap gambar tetingkap yang aktif. Contohnya, jika anda sedang menggunakan Microsoft Word, keseluruhan antaramuka Microsoft Word akan ditangkap gambarnya. (Rajah 5)


-Capture Window Control
Tugasan ini sangat menarik. Tugasan ini sesuai digunakan untuk menangkap gambar butang, tab, "toolbar" dan sebagainya.
-Capture Region
Anda boleh menetapkan kawasan untuk ditangkap gambarnya dalam bentuk segi empat.
-Capture Fixed Region
-Free-Hand Capture
Anda boleh menetapkan kawasan untuk ditangkap gambarnya dalam bentuk bebas.
6. Akhir sekali, anda perlu menetapkan "outputnya". Klik kanan pada "icon tray">Capture Settings>Output Type>Auto Save As.... Kini anda telah sampai pada tetingkap "Auto Save"
-Tetapkan direktori simpanan
-Format nama
-Format File
Sebenarnya untuk menangkap gambar, anda tidak perlu untuk klik tugasan pada "icon tray" tersebut. Hanya memadai dengan menekan "hot keys"nya.
Banyak lagi fungsi berguna yang terdapat pada PicPick ini antaranya Color Picker, Pixel Ruler dan sebagainya. Disertakan juga PicPick Image Editor. Jangan lupa untuk menerokai keseluruhan perisian ini.
Seperti biasa, Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya Insya ALLAH.

Maklumat Ringkas

Nama: PicPick
Laman Web Pengeluar: http://picpick.wiziple.net/
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan sangat berguna.
Keburukan: -

Terkini

Ulasan Buku 2019

Di penghujung tahun 2019 ini, saya senaraikan beberapa buah buku yang sempat dibaca sepanjang tahun ini, sebagai nota peribadi dan cadang...