Nov 30, 2009

ClockLink.com: Koleksi Jam untuk Blog Anda

Ramai yang bertanya cara untuk memasukkan gajet di bahagian tepi blog masing-masing. Sebenarnya penyelesaiannya cukup mudah. Namun begitu, anda perlu terlebih dahulu mengetahui apa itu kod HTML.
Secara mudahnya, kod HTML ialah kod-kod yang ditulis untuk memberi arahan untuk menghasilkan paparan dalam blog atau laman web. Pereka laman web ada kalanya hanya menaip kod untuk memasukkan imej dan sebagainya ke dalam laman web mereka termasuklah gajet-gajet di tepi laman web masing-masing. Berikut adalah contoh kod HTML:

Apa kaitan jam dengan kod HTML? Kaitannya, anda perlu memasukkan kod HTML yang mengandungi arahan untuk memaparkan jam ke dalam blog anda.
Banyak laman web yang menawarkan pelbagai pilihan kod untuk menampilkan pelbagai gajet dalam blog anda termasuklah:
1. http://www.clocklink.com
2. http://www.al-habib.info
Pada kesempatan ini, saya akan memberi tutorial cara menggunakan laman web ClockLink bagi pengguna Blogger.

1. Buka laman ClockLink http://www.clocklink.com
2. Klik Gallery.



3. Pilih kategori jam yang anda mahu.



4. Klik View HTML tag untuk mendapatkan kod HTML.



5. Klik Accept sebagai tanda menerima syarat-syarat yang dikemukakan.



6. Anda boleh mengubah warna, saiz dan sebagainya. Namun, bagi pembuat blog yang tinggal di Malaysia, sila tukar Timezone kepada GMT +08:00.



7. Kini anda boleh dapati kod HTML yang telah disediakan.



8. Sementara itu, sila Sign In Blogger anda.
9. Klik Layout>Page Element>Add a Gadget>HTML/JavaScript



10. Sila salin kod yang terhasil sebentar tadi dan tampalkan kod tersebut dalam kotak yang disediakan. Klik Save.



11. Klik Save sekali lagi. Kini, jam sudah tersedia dalam blog anda.

Namun, secara jujurnya, saya lebih cenderung untuk mendapatkan kod-kod HTML dari Alhabib Islamic Web Service http://www.al-habib.info kerana terdapat banyak gajet Islamik di sana.

p/s Kalau blog dah ada jam tu, pandai-pandailah tepati waktu. Kalau sampai waktu solat, berhentilah blogging tu dulu...

3 comments:

  1. time hasih skrg blog saya dah ada jam. sya wat blog untuk meeka yg nak belajar menjahit. saja suka2.

    ReplyDelete
  2. baguslah tu...lepas ni banyakkanlah lagi baca tutorial dari blog ini !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails