Google Translate: Kini bahasa di hujung jari anda...!

Pada kali ini saya rasa terpanggil untuk memberi tutorial yang amat berguna kepada pelayar-pelayar web. Umum mengetahui bahawa carian dengan menggunakan Bahasa Melayu tidaklah menyeluruh seperti bahasa-bahasa lain di dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya. Namun, masalah kekurangan maklumat dalam bahasa kita yang tercinta ini sudah dapat diatasi. Justeru, kita akan menggunakan salah satu aplikasi atas talian iaitu Google Translate http://translate.google.com

Sebelum kita memulakan tutorial, saya ingin membawakan anda contoh masalah yang dihadapi:

1. Saya ingin membaca fatwa yang ditulis oleh Shaikh Bin Baz dalam laman webnya tetapi malangnya artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Arab.



2. Saya perlu menyiapkan kerja kursus mengenai Sejarah Britain tetapi buku yang saya rujuk ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Penyelesaian Masalah No. 1

1. Sila layari laman Google Translate http://translate.google.com


2. Buka laman web yang ingin diterjemah.
3. Salin URL laman yang ingin diterjemah tersebut.


4. Tampal salinan tersebut dalam kotak URL yang disediakan dalam Google Translate.



5. Pilih sistem terjemahan dari bahasa ......... ke bahasa ..........


6. Klik Translate


7. Sila tunggu seketika dan kini laman tersebut telah diterjemah.



Penyelesaian Masalah No 2

1. Sila layari laman Google Translate http://translate.google.com
2. Pilih sistem terjemahan dari bahasa ......... ke bahasa ..........


3. Sila taip perkataan atau ayat yang ingin diterjemah ke dalam kotak terjemahan yang disediakan.


3. Secara serentak ayat tersebut diterjemah dalam bahasa yang dikehendaki.



* Peringatan *
Terjemahan yang terhasil ada kalanya tidak menepati sepertimana yang ditulis. Justeru kita perlu mengubahsuai terjemahan tersebut supaya membawa maksud yang lebih tepat.

Comments