Dec 4, 2009

Arabic-Keyboard.org: Taip aksara Arab atas talian!

Pada satu ketika, saya ingin membaca kitab الإبانة عن الأصول الديانة karya Abu Al-Hasan Al-Ash'ari edisi atas talian. Saya mula mencari buku tersebut melalui enjin carian Google dengan menulis nama kitab tersebut dengan tulisan Rumi tetapi tiada hasil yang memuaskan. Justeru saya mula terfikir untuk menulis nama kitab tersebut dalam aksara Arab kerana carian menggunakan bahasa Arab meliputi carian yang lebih luas, tetapi papan kekunci saya tidak dilengkapi dengan petunjuk aksara Arab.
Sebenarnya masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah iaitu dengan menggunakan papan kekunci atas talian dalam bahasa Arab. Salah satu laman web yang menawarkan khidmat tersebut ialah Arabic-Keyboard.org

1. Sila layari arabic-keyboard.org

2. Kini, klik papan kekunci maya tersebut untuk mendapatkan aksara Arab.

3. Salin perkataan yang anda tulis sebentar tadi dan tampalkan dalam kotak carian yang disediakan.

4. Mulakan carian anda dengan klik butang بحث yang bermaksud Cari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails