24 Disember 2009

Maklumat Mengenai SMAP Labu:Jom Baca!


Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 



Laman Web Baru SMAP Labu http://smaplabu.hostoi.com/

Tahniah kepada ibubapa serta pelajar-pelajar yang terpilih untuk ke Sekolah Berasrama Penuh terutamanya kepada pelajar-pelajar yang terpilih ke sekolah saya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu), Negeri Sembilan.
Tujuan
Saya yakin, sebahagian ibubapa pasti sedang mencari maklumat mengenai SMAP Labu dengan menggunakan internet. Justeru, saya berasa terpanggil untuk menulis artikel serba sedikit tentang SMAP Labu.

Pengenalan

SMAP Labu merupakan salah sebuah SBP yang beraliran agama sebaris dengan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (Kolej Islam Klang), dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang).  Apa yang menarik tentang SMAP Labu ialah pelaksanaan "Iklim Dini" yang membawa kepada "Kejayaan Di Dunia dan Kesejahteraan Di Akhirat"



Laman Web Baru SMAP Labu http://smaplabu.hostoi.com/
Lokasi

SMAP Labu terletak di KM 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan. Jarak antara SMAP Labu dengan Seremban ialah 11 KM. SMAP Labu juga terletak berhampiran dengan Nilai. Pelajar dapat ke bandar terdekat untuk "outing" dengan mudah kerana perhentian bas terletak betul-betul di hadapan sekolah. Apa yang lebih menarik ialah pelajar juga dapat menggunakan khidmat KTM Komuter kerana SMAP Labu terletak berhampiran dengan Stesen Komuter Tiroi.

Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 


Peta Klik imej untuk melihat imej yang lebih besar.


SMAP Labu terketak di simbol "Tangan" yang berwarna putih.

Penutup

Saya rasa penerangan ringkas ini sudah cukup untuk memberi gambaran awal pekada para pembaca tentang SMAP Labu. Insya Allah, saya menanti kehadiran anda ke SMAP Labu sebagai ahli keluarga baru kami...

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.smaplabu.edu.my/  

*TAMBAHAN: Keputusan PMR SMAP Labu 2009 ialah-9A 85 daripada 143 orang dan tersenarai TOP-5
p/s Segala maklumat tentang SMAP Labu terutamanya tentang maklumat pembelajaran adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan. Harap maklum.

7 ulasan:

  1. @Syfqh Zlkflee

    Terlalu banyak untuk dimuat naik...boleh cari smap labu di wikipedia, banyak gambar ada

    BalasPadam
  2. sekolah yg top 1 hingga top 4 sekolah mane?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..
    Maaf mencelah..
    Anak saya ditawarkan dan telah mendaftar. Terkejut dengan yuran dll yg perlu dibayar berjumlah melebihi RM1000 (kalah masuk U).

    Perkara ini tidak dinyatakan dalam surat tawaran tentang jumlah yg perlu ditanggung oleh ibu bapa. Sekolah di bawah Persekutuan tapi mengalahkan sekolah SWASTA..

    Wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Terima kasih atas maklumbalas, saya secara peribadi tiada jawapan untuk ini, kerana saya hanyalah sekadar seorang bekas pelajar yang telah meninggalkan sekolah lebih kurang 3 tahun lepas.

      Terima kasih.

      Padam
  4. knp mahal sgt pembayaran unt PIBG dan lain-lain
    mau hampir rm2000 trlalu mahal sgtt
    unt ibubapa berpendptn rendah x de pengecualian ker atau dikurangkn pembayaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklumbalas, saya secara peribadi tiada jawapan untuk ini, kerana saya hanyalah sekadar seorang bekas pelajar yang telah meninggalkan sekolah lebih kurang 3 tahun lepas.

      Terima kasih.

      Padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails