Smart Arabic Keyboard Yamli: Papan Kekunci Arab Pintar!

Pada artikel sebelum ini, saya telah memberi tutorial mengenai Arabic Keyboard. http://syamirulm.blogspot.com/2009/12/arabic-keyboardorg-taip-aksara-arab.html
Untuk kali ini, saya akan memberi alternatif kepada anda untuk menaip aksara Arab dengan lebih mudah. Kita akan menggunakan Smart Arabic Keyboard Yamli http://www.yamli.com/arabic-keyboard/


Salah satu ciri yang menarik perhatian saya ialah kita boleh menaip perkataan Arab dengan menggunakan tulisan Rumi!
Sebagai contoh bagi tutorial kali ini, kita akan cuba menaip perkataan أريد أن اذهب إلى المدرسة @ uridu an azhaba ila almadrasah yang bermaksud "Saya mahu pergi ke sekolah".

1. Buka laman web Smart Arabic Keyboard Yamli http://www.yamli.com/arabic-keyboard/ .
2. Tulis perkataan yang ingin ditaip dengan menggunakan tulisan Rumi. Sebagai contoh: uridu an azhaba ila almadrasah

3. Secara serentak, setiap perkataan yang ditulis dengan tulisan Rumi tadi berubah kepada tulisan Arab.
4. Inilah hasilnya


Nota: Pastikan anda tidak menggunakan langsung huruf besar ketika menaip dalam tulisan Rumi dan pastikan perkataan-perkataan yang ditulis dijarakkan antara perkataan-perkataan, jangan sambungkannya terus.

Comments