Nov 30, 2009

ClockLink.com: Koleksi Jam untuk Blog Anda

Ramai yang bertanya cara untuk memasukkan gajet di bahagian tepi blog masing-masing. Sebenarnya penyelesaiannya cukup mudah. Namun begitu, anda perlu terlebih dahulu mengetahui apa itu kod HTML.
Secara mudahnya, kod HTML ialah kod-kod yang ditulis untuk memberi arahan untuk menghasilkan paparan dalam blog atau laman web. Pereka laman web ada kalanya hanya menaip kod untuk memasukkan imej dan sebagainya ke dalam laman web mereka termasuklah gajet-gajet di tepi laman web masing-masing. Berikut adalah contoh kod HTML:

Apa kaitan jam dengan kod HTML? Kaitannya, anda perlu memasukkan kod HTML yang mengandungi arahan untuk memaparkan jam ke dalam blog anda.
Banyak laman web yang menawarkan pelbagai pilihan kod untuk menampilkan pelbagai gajet dalam blog anda termasuklah:
1. http://www.clocklink.com
2. http://www.al-habib.info
Pada kesempatan ini, saya akan memberi tutorial cara menggunakan laman web ClockLink bagi pengguna Blogger.

1. Buka laman ClockLink http://www.clocklink.com
2. Klik Gallery.



3. Pilih kategori jam yang anda mahu.



4. Klik View HTML tag untuk mendapatkan kod HTML.



5. Klik Accept sebagai tanda menerima syarat-syarat yang dikemukakan.



6. Anda boleh mengubah warna, saiz dan sebagainya. Namun, bagi pembuat blog yang tinggal di Malaysia, sila tukar Timezone kepada GMT +08:00.



7. Kini anda boleh dapati kod HTML yang telah disediakan.



8. Sementara itu, sila Sign In Blogger anda.
9. Klik Layout>Page Element>Add a Gadget>HTML/JavaScript



10. Sila salin kod yang terhasil sebentar tadi dan tampalkan kod tersebut dalam kotak yang disediakan. Klik Save.



11. Klik Save sekali lagi. Kini, jam sudah tersedia dalam blog anda.

Namun, secara jujurnya, saya lebih cenderung untuk mendapatkan kod-kod HTML dari Alhabib Islamic Web Service http://www.al-habib.info kerana terdapat banyak gajet Islamik di sana.

p/s Kalau blog dah ada jam tu, pandai-pandailah tepati waktu. Kalau sampai waktu solat, berhentilah blogging tu dulu...

Nov 28, 2009

Quran Phonetic Search: Cari ayat Al-Quran dengan mudah!

Syamirul : Ayat Wama khalaqtul jinna wal insa.... ada dalam surah mana ya...?
Ikraam : Entahlah...!

Situasi tersebut sering berlaku dalam kalangan kita. Biasanya saya menghadapi masalah ini ketika ingin menyiapkan Insya' (Esei) untuk pelajaran Bahasa Arab Tinggi. Mungkin anda juga menghadapi situasi yang sama. Alhamdulillah, kini masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah menggunakan Quran Phonetic Search. Apa yang lebih menarik, carian tersebut dilakukan dalam tulisan Rumi!

1. Sila layari laman Quran Phonetic Search http://www.islamicity.com/ps


2. Tulis ayat yang ingin dicari di dalam kotak yang disediakan dalam tulisan Rumi.


3. Klik Find In Qur'an


4. Kini kita sudah memperoleh maklumat tentang ayat tersebut.






Sekarang terdapat cara yang lebih mudah untuk mencari ayat Quran. Boleh juga menggunakan perkataan Bahasa Melayu disamping mengeja Bahasa Arab dalam tulisan Rumi.

Caranya di dalam video ini:


Google Translate: Kini bahasa di hujung jari anda...!

Pada kali ini saya rasa terpanggil untuk memberi tutorial yang amat berguna kepada pelayar-pelayar web. Umum mengetahui bahawa carian dengan menggunakan Bahasa Melayu tidaklah menyeluruh seperti bahasa-bahasa lain di dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya. Namun, masalah kekurangan maklumat dalam bahasa kita yang tercinta ini sudah dapat diatasi. Justeru, kita akan menggunakan salah satu aplikasi atas talian iaitu Google Translate http://translate.google.com

Sebelum kita memulakan tutorial, saya ingin membawakan anda contoh masalah yang dihadapi:

1. Saya ingin membaca fatwa yang ditulis oleh Shaikh Bin Baz dalam laman webnya tetapi malangnya artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Arab.



2. Saya perlu menyiapkan kerja kursus mengenai Sejarah Britain tetapi buku yang saya rujuk ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Penyelesaian Masalah No. 1

1. Sila layari laman Google Translate http://translate.google.com


2. Buka laman web yang ingin diterjemah.
3. Salin URL laman yang ingin diterjemah tersebut.


4. Tampal salinan tersebut dalam kotak URL yang disediakan dalam Google Translate.



5. Pilih sistem terjemahan dari bahasa ......... ke bahasa ..........


6. Klik Translate


7. Sila tunggu seketika dan kini laman tersebut telah diterjemah.



Penyelesaian Masalah No 2

1. Sila layari laman Google Translate http://translate.google.com
2. Pilih sistem terjemahan dari bahasa ......... ke bahasa ..........


3. Sila taip perkataan atau ayat yang ingin diterjemah ke dalam kotak terjemahan yang disediakan.


3. Secara serentak ayat tersebut diterjemah dalam bahasa yang dikehendaki.



* Peringatan *
Terjemahan yang terhasil ada kalanya tidak menepati sepertimana yang ditulis. Justeru kita perlu mengubahsuai terjemahan tersebut supaya membawa maksud yang lebih tepat.

Nov 22, 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails