Halaman

Feb 15, 2010

QuranFlash: Mushaf Al-Quran Atas Talian!

Seiring dengan kemajuan IT, Umat Islam kini boleh mengakses mushaf Al-Quran atas talian. Banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Terdapat juga diantaranya yang menyediakan kemudahan audio berserta terjemahan. Namun kali ini saya akan memperkenalkan satu laman web yang amat mudah diakses untuk menggunakan mushaf Al-Quran iaitu QuranFlash http://www.quranflash.com/en

Mari kita ikuti tutorial ringkas penggunaan QuranFlash ini.

1. Klik Enter untuk masuk ke laman tersebut.

2. Klik pula pada butang more options...

3. Kini saya akan terangkan satu-persatu tentang ciri-ciri yang terdapat dalam laman ini.
4. Seterusnya pula ialah klik pada butang Page Resolution untuk memilih kadar kualiti paparan Mushaf.

5. Klik Background Image untuk mengubah imej latar belakang laman tersebut.
 
 

6. Anda boleh juga memilih Juz atau Surah yang diingini. 

7. Setelah memilih ketetapan yang sesuai, klik pada butang Book Type untuk memilih jenis Mushaf yang ingin digunakan.
 
 

8. Klik Book Full Size untuk mula menggunakan Mushaf tersebut.

9. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan kanta pembesar dengan klik pada ikon Kanta di bahagian penjuru kanan laman.
Selamat Membaca dan Semoga Kita Diberkati Allah.




Feb 14, 2010

Engrish Funny: Laman Santai Bahasa Menarik!

Mahir dalam berbahasa Inggeris adalah satu keperluan untuk semua insan. Hakikat ini memang disedari semua pihak namun ada golongan yang masih belum mampu menguasai bahasa ini dengan baik walaupun sedikit. Maksud saya, jika mereka ingin berbahasa Inggeris, mereka akan menterjemah terus (direct translation) dari bahasa asal mereka dengan menggunakan kamus semata-mata.
Fenomena ini bertambah teruk apabila kesalahan-kesalahan tersebut digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat setempat tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu perkara yang amat melucukan.
Fenomena ini merupakan satu perkara yang sangat menarik untuk dikongsi buat semua. Selain menjadi penghibur hati, dalam masa yang sama kita dapat mempelajari kesalahan-kesalahan tersebut.
Oleh itu, saya ingin memperkenalkan anda dengan satu laman web yang menarik iaitu Engrish Funny http://www.engrishfunny.com.

 

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan penggunaan bahasa Inggeris yang dimaksudkan:

 

 
 
 Banyak lagi imej yang mesti anda lihat dalam laman Engrish Funny ini. Semoga Bergembira!

 

Feb 13, 2010

Verse By Verse Quran: Pusat Sehenti Al-Quran!

Verse by Verse Quran adalah sebuah laman web yang ringkas, dahulunya dikenali sebagai EveryAyah.com. Laman ini secara keseluruhannya menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Al-Quran elektronik, rakaman-rakaman bacaan dan sebagainya.
Pada hemat saya, ciri yang paling menarik pada laman ini ialah ianya menyediakan perkhidmatan muaturun ayat Al-Quran dalam bentuk imej. Ia boleh menjadi alternatif kepada pengguna selain menggunakan Al-Quran In Word 1.3. Contoh imej yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

Mari ikuti tutorial di bawah.
1. Layari Verse By Verse Quran http://versebyversequran.com
2. Klik pada pautan Download pada kiri laman.
3. Klik pula pada pautan Large High Quality Ayah Images (PNG Format) yang terdapat pada bahagian kanan laman.
4. Pilih ayat yang dikehendaki berdasarkan nombor Surah dan Ayat. Sebagai contoh, untuk Surah Al-Fatihah Ayat 2, sila klik 1 2.png
5. Klik kanan (Right Click) pada imej ayat tersebut dan klik Save Image As... untuk menyimpan imej tersebut.

QiblaLocator: Pencari Arah Kiblat Atas Talian

Pada kali ini, saya akan memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang sangat berguna untuk kegunaan kita sebagai umat Islam. Laman web yang dimaksudkan ialah QiblaLocator http://www.qiblalocator.com

Berdasarkan pemerhatian saya, cara laman ini berfungsi ialah dengan menyediakan peta dunia atas talian (GoogleMap)dengan menambah satu titik garisan merah yang berpusat betul-betul pada Kaabah. Kita dikehendaki mencari tempat kita berada dan arah kiblat akan ditentukan melalui garisan merah tadi. Untuk keterangan lebih lanjut, mari kita ikuti tutorial ini.

1. Sila layari http://www.qiblalocator.com
2. Pilih jenis peta sama ada Map, Satellite, Hybrid, Terrain atau Earth.

3. Taipkan nama lokasi pilihan pada kotak yang disediakan dan klik "Locate"

4. Zoom untuk mencari lokasi yang diinginkan. Sebagai contoh, saya akan zoom ke rumah saya.

Garisan merah menunjukkan arah Kiblat.

p/s Bagi rumah yang baru siap 2-3 tahun lepas tu, tak payahlah cari kat sini. Sebab ni peta lama. Lebuhraya BORR yand dibina pada tahun 2006 pun tak ada dalam peta ni.

Terkini

Ulasan Buku 2019

Di penghujung tahun 2019 ini, saya senaraikan beberapa buah buku yang sempat dibaca sepanjang tahun ini, sebagai nota peribadi dan cadang...