Feb 13, 2010

QiblaLocator: Pencari Arah Kiblat Atas Talian

Pada kali ini, saya akan memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang sangat berguna untuk kegunaan kita sebagai umat Islam. Laman web yang dimaksudkan ialah QiblaLocator http://www.qiblalocator.com

Berdasarkan pemerhatian saya, cara laman ini berfungsi ialah dengan menyediakan peta dunia atas talian (GoogleMap)dengan menambah satu titik garisan merah yang berpusat betul-betul pada Kaabah. Kita dikehendaki mencari tempat kita berada dan arah kiblat akan ditentukan melalui garisan merah tadi. Untuk keterangan lebih lanjut, mari kita ikuti tutorial ini.

1. Sila layari http://www.qiblalocator.com
2. Pilih jenis peta sama ada Map, Satellite, Hybrid, Terrain atau Earth.

3. Taipkan nama lokasi pilihan pada kotak yang disediakan dan klik "Locate"

4. Zoom untuk mencari lokasi yang diinginkan. Sebagai contoh, saya akan zoom ke rumah saya.

Garisan merah menunjukkan arah Kiblat.

p/s Bagi rumah yang baru siap 2-3 tahun lepas tu, tak payahlah cari kat sini. Sebab ni peta lama. Lebuhraya BORR yand dibina pada tahun 2006 pun tak ada dalam peta ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails