QuranFlash: Mushaf Al-Quran Atas Talian!

Seiring dengan kemajuan IT, Umat Islam kini boleh mengakses mushaf Al-Quran atas talian. Banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Terdapat juga diantaranya yang menyediakan kemudahan audio berserta terjemahan. Namun kali ini saya akan memperkenalkan satu laman web yang amat mudah diakses untuk menggunakan mushaf Al-Quran iaitu QuranFlash http://www.quranflash.com/en

Mari kita ikuti tutorial ringkas penggunaan QuranFlash ini.

1. Klik Enter untuk masuk ke laman tersebut.

2. Klik pula pada butang more options...

3. Kini saya akan terangkan satu-persatu tentang ciri-ciri yang terdapat dalam laman ini.
4. Seterusnya pula ialah klik pada butang Page Resolution untuk memilih kadar kualiti paparan Mushaf.

5. Klik Background Image untuk mengubah imej latar belakang laman tersebut.
 
 

6. Anda boleh juga memilih Juz atau Surah yang diingini. 

7. Setelah memilih ketetapan yang sesuai, klik pada butang Book Type untuk memilih jenis Mushaf yang ingin digunakan.
 
 

8. Klik Book Full Size untuk mula menggunakan Mushaf tersebut.

9. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan kanta pembesar dengan klik pada ikon Kanta di bahagian penjuru kanan laman.
Selamat Membaca dan Semoga Kita Diberkati Allah.




Comments