Verse By Verse Quran: Pusat Sehenti Al-Quran!

Verse by Verse Quran adalah sebuah laman web yang ringkas, dahulunya dikenali sebagai EveryAyah.com. Laman ini secara keseluruhannya menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Al-Quran elektronik, rakaman-rakaman bacaan dan sebagainya.
Pada hemat saya, ciri yang paling menarik pada laman ini ialah ianya menyediakan perkhidmatan muaturun ayat Al-Quran dalam bentuk imej. Ia boleh menjadi alternatif kepada pengguna selain menggunakan Al-Quran In Word 1.3. Contoh imej yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

Mari ikuti tutorial di bawah.
1. Layari Verse By Verse Quran http://versebyversequran.com
2. Klik pada pautan Download pada kiri laman.
3. Klik pula pada pautan Large High Quality Ayah Images (PNG Format) yang terdapat pada bahagian kanan laman.
4. Pilih ayat yang dikehendaki berdasarkan nombor Surah dan Ayat. Sebagai contoh, untuk Surah Al-Fatihah Ayat 2, sila klik 1 2.png
5. Klik kanan (Right Click) pada imej ayat tersebut dan klik Save Image As... untuk menyimpan imej tersebut.

Comments