Pada hemat saya, laman ini memang dicari oleh ramai individu. Apa tidaknya, laman ini menyediakan khidmat mendengar dan muat turun (download) audio Al-Quran yang dibaca oleh para qura' yang terkenal dari seluruh dunia. Antaranya termasuklah Sheikh Abdul Basit, Saad Al-Ghamidi, Abdul Rahman As-Sudais, Ibrahim Al-Jibrin, Mahmoud Khalil Al-Husary, Mishari Rashid Al-'Afasy dan banyak lagi. Laman yang dimaksudkan ialah QuranicAudio.com http://www.quranicaudio.com
Tutorial untuk mendengar dan muat turun bacaan Al-Quran adalah seperti berikut:
1. Layari QuranicAudio.com http://www.quranicaudio.com
2. Pilih nama Qari dari senarai Recitations. Sebagai contoh, saya memilih Sheikh Abdul Rahman As-Sudais.
3. Paparan terbaru akan terhasil. Untuk mendengar bacaan, sila klik perkataan mp3 pada lajur (column) Listen.
4. Untuk muat turun bacaan surah tertentu, sila klik perkataan mp3 pada lajur (column) Download.
5. Untuk mendengar seluruh bacaan Qari tersebut, sila klik butang Download All di sebelah nama Qari.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan mendengar dan muat turun bacaan Solat Tarawih dan Bacaan Berserta Terjemahan.
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah