I'rab (اعراب) merupakan satu istilah yang biasa bagi penuntut Bahasa Arab Tinggi. Namun, apa yang saya akan paparkan pada kali ini agak luar biasa. Ianya mengenai I'rab, tetapi I'rab ini sangat kompleks: I'rab Al-Quran.
Justeru, saya akan memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang berkaitan dengan isu kita kali ini iaitu The Quranic Arabic Corpus http://corpus.quran.com/
Untuk melihat setiap I'rab untuk setiap kalimah Al-Quran, sila layari laman ini http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp
1. Pilih Surah serta Ayat yang anda ingin kaji I'rabnya.
2. Klik "Go"
3. Kini, anda boleh mendapati paparan I'rab kalikah-kalimah berdasarkan ayat Al-Quran yang anda pilih tadi.
4. Terdapat juga kemudahan untuk mendengar bacaan ayat tersebut di bahagian bawah laman.
Diharapkan agar para pembaca dapat mengambil manfaat daripada artikel ini, Insya Allah.