Halaman

May 2, 2010

Kiss YouTube.com: Muat Turun Video Youtube dengan Mudah!

Menonton video dalam laman Youtube.com memang menyeronokkan. Namun, lebih seronok lagi jika kita dapat muat turun video yang kita tonton tersebut. Sebenarnya saya telah menerangkan cara muat turun video dari laman tersebut sebelum ini (Sila baca artikel saya Savevid.com: Laman Muaturun Video). Untuk kali ini, saya bawakan anda cara yang lebih ringkas dan mudah iaitu dengan menggunakan KissYouTube.com http://www.kissyoutube.com

Sila ikuti tutorial ini:
1. Pilih video yang anda ingin muat turun dari Youtube.com. Sebagai contoh, saya ingin muat turun video Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion).
2. Sila tambah perkataan Kiss pada alamat laman di kotak alamat dan tekan Enter. Sebagai contoh, http://www.kissyoutube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s 
3. Anda akan dibawa pada laman KissYouTube.com.
4. Sila klik pada butang  pada bawah paparan video yang terhasil.



Peringatan: Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu memasang program JAVA. Jika tidak, butang tidak akan terpapar dan muat turun tidak dapat dijalankan. Klik SINI untuk muat turun program JAVA.

Untuk cara yang lain, sila klik Savevid.com: Laman Muaturun Video

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

May 1, 2010

Recuva 1.09: Dapatkan fail yang terpadam.

Selalu terjadi dalam kalangan kita, kita secara tidak sengaja telah terpadam fail-fail yang penting. Oleh itu, saya ingin perkenalkan anda cengan satu perisian yang dinamakan sebagai Recuva 1.09. Perisian ini berfungsi dengan mendapatkan semula fail yang terpadam tadi. Namun, perlu diingatkan bahawa tahap keberkesanan perisian ini sangat rendah. Namun, ini boleh dijadikan ikhtiar untuk mendapatkan semula fail yang terpadam tersebut.
Berikut adalah tutorial penggunaan perisian ini:

1. Muat turun perisian ini di http://www.piriform.com/recuva/download
2. Pasang perisian tersebut.
3. Sila pilih jenis cakera tempat anda menyimpan fail yang terpadam tadi. Sebagai contoh, saya memilih cakera keras luaran saya. Klik Scan
4. Pilih nama fail berkenaan dengan menanda pada kotak di sebelah kanan. Seterusnya, klik Recover

Maklumat Ringkas

Nama: Recuva 1.09
Laman Web Pengeluar: http://www.piriform.com/recuva
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ringkas.
Keburukan: Hasil tidak memuaskan.
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Panoramio.com: Foto-Foto Seluruh Dunia!

Melawat tempat-tempat menarik di seluruh merupakan impian saya; mungkin impian anda juga. Maklum, bahawa minat ini memerlukan kos yang tinggi termasuklah kos pengangkuta, penginapan, makanan dan sebagainya. Namun, kini semuanya di hujung jari anda. Anda dapat melihat foto-foto yang berkaitan sesuatu tempat menggunakan laman yang saya akan perkenalkan iaitu Panoramio.com http://www.panoramio.com
Melalui laman ini, anda dapat melihat foto-foto yang disusun dalam satu peta dunia yang besar. Tambahan pula, anda juga boleh berkongsi foto-foto sesuatu tempat dengan memuatnaik foto tersebut pada laman ini, termasuklah foto kediaman anda.

Mari kita kenali laman ini dengan lebih lanjut.

1. Layari Panoramio.com http://www.panoramio.com
2. Sila tulis nama tempat yang anda ingin dalam kotak Search place atau klik pada hiperpautan (hyperlink) yang tertulis Photos in world map
3. Jika anda klik pada hiperpautan (hyperlink) yang tertulis Photos in world map, maka paparan ini akan terhasil.
4. Anda boleh memilih jenis peta sama ada Map, Satellite atau Hybrid.
5. Sebagai contoh, saya ingin melihat permandangan sekitar Langkawi. Cari peta Negeri Kedah dengan menulis dalam kotak carian atau dengan menyeret (drag) peta tersebut. Zum (zoom) jika perlu.
6. Klik pada ikon kecil yang terdapat pada peta tersebut untuk melihat foto tersebut.
7. Untuk melihat foto dengan saiz yang lebih besar, klik pada imej yang terpapar tadi.
8. Paparan baru akan terhasil. Pada paparan ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang lokasi, komen dan sebagainya. Untuk melihat paparan foto yang lebih besar, klik sekali lagi pada foto dalam paparan baru ini.
Komen berkenaan foto tersebut turut dilampirkan.
9. Paparan baharu akan terhasil.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya, Insya Allah

9th Interschool Debating Championship 2010: Satu laporan

Pada 16-21 April 2010, saya telah menyertai 9th Interschool Debating Championship (IDC) 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, (UIA Gombak) untuk kategori Bahasa Arab. Saya mewakili pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan kami layak ke peringkat separuh akhir. Peserta-peserta lain termasuklah Mohamad Harith Zulkifli, Mohamad Farhan Hanafi dan Sheikh Hasril Hafizul Sheikh Hassan. Berikut adalah foto-foto yang berkaitan:



Bersama Ibrahim Ahmad Al-Farisi

SMAP Labu vs Maahad Hamidiah Kajang


Separuh Akhir: SMAP Labu vs KISAS




Terkini

Ulasan Buku 2019

Di penghujung tahun 2019 ini, saya senaraikan beberapa buah buku yang sempat dibaca sepanjang tahun ini, sebagai nota peribadi dan cadang...