May 2, 2010

Kiss YouTube.com: Muat Turun Video Youtube dengan Mudah!

Menonton video dalam laman Youtube.com memang menyeronokkan. Namun, lebih seronok lagi jika kita dapat muat turun video yang kita tonton tersebut. Sebenarnya saya telah menerangkan cara muat turun video dari laman tersebut sebelum ini (Sila baca artikel saya Savevid.com: Laman Muaturun Video). Untuk kali ini, saya bawakan anda cara yang lebih ringkas dan mudah iaitu dengan menggunakan KissYouTube.com http://www.kissyoutube.com

Sila ikuti tutorial ini:
1. Pilih video yang anda ingin muat turun dari Youtube.com. Sebagai contoh, saya ingin muat turun video Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion).
2. Sila tambah perkataan Kiss pada alamat laman di kotak alamat dan tekan Enter. Sebagai contoh, http://www.kissyoutube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s 
3. Anda akan dibawa pada laman KissYouTube.com.
4. Sila klik pada butang  pada bawah paparan video yang terhasil.



Peringatan: Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu memasang program JAVA. Jika tidak, butang tidak akan terpapar dan muat turun tidak dapat dijalankan. Klik SINI untuk muat turun program JAVA.

Untuk cara yang lain, sila klik Savevid.com: Laman Muaturun Video

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails