May 1, 2010

Panoramio.com: Foto-Foto Seluruh Dunia!

Melawat tempat-tempat menarik di seluruh merupakan impian saya; mungkin impian anda juga. Maklum, bahawa minat ini memerlukan kos yang tinggi termasuklah kos pengangkuta, penginapan, makanan dan sebagainya. Namun, kini semuanya di hujung jari anda. Anda dapat melihat foto-foto yang berkaitan sesuatu tempat menggunakan laman yang saya akan perkenalkan iaitu Panoramio.com http://www.panoramio.com
Melalui laman ini, anda dapat melihat foto-foto yang disusun dalam satu peta dunia yang besar. Tambahan pula, anda juga boleh berkongsi foto-foto sesuatu tempat dengan memuatnaik foto tersebut pada laman ini, termasuklah foto kediaman anda.

Mari kita kenali laman ini dengan lebih lanjut.

1. Layari Panoramio.com http://www.panoramio.com
2. Sila tulis nama tempat yang anda ingin dalam kotak Search place atau klik pada hiperpautan (hyperlink) yang tertulis Photos in world map
3. Jika anda klik pada hiperpautan (hyperlink) yang tertulis Photos in world map, maka paparan ini akan terhasil.
4. Anda boleh memilih jenis peta sama ada Map, Satellite atau Hybrid.
5. Sebagai contoh, saya ingin melihat permandangan sekitar Langkawi. Cari peta Negeri Kedah dengan menulis dalam kotak carian atau dengan menyeret (drag) peta tersebut. Zum (zoom) jika perlu.
6. Klik pada ikon kecil yang terdapat pada peta tersebut untuk melihat foto tersebut.
7. Untuk melihat foto dengan saiz yang lebih besar, klik pada imej yang terpapar tadi.
8. Paparan baru akan terhasil. Pada paparan ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang lokasi, komen dan sebagainya. Untuk melihat paparan foto yang lebih besar, klik sekali lagi pada foto dalam paparan baru ini.
Komen berkenaan foto tersebut turut dilampirkan.
9. Paparan baharu akan terhasil.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya, Insya Allah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails