Recuva 1.09: Dapatkan fail yang terpadam.

Selalu terjadi dalam kalangan kita, kita secara tidak sengaja telah terpadam fail-fail yang penting. Oleh itu, saya ingin perkenalkan anda cengan satu perisian yang dinamakan sebagai Recuva 1.09. Perisian ini berfungsi dengan mendapatkan semula fail yang terpadam tadi. Namun, perlu diingatkan bahawa tahap keberkesanan perisian ini sangat rendah. Namun, ini boleh dijadikan ikhtiar untuk mendapatkan semula fail yang terpadam tersebut.
Berikut adalah tutorial penggunaan perisian ini:

1. Muat turun perisian ini di http://www.piriform.com/recuva/download
2. Pasang perisian tersebut.
3. Sila pilih jenis cakera tempat anda menyimpan fail yang terpadam tadi. Sebagai contoh, saya memilih cakera keras luaran saya. Klik Scan
4. Pilih nama fail berkenaan dengan menanda pada kotak di sebelah kanan. Seterusnya, klik Recover

Maklumat Ringkas

Nama: Recuva 1.09
Laman Web Pengeluar: http://www.piriform.com/recuva
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan dan ringkas.
Keburukan: Hasil tidak memuaskan.
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Comments