Micronation: Hakikat yang kita tidak ketahui!

emiliki dan mentadbir negara sendiri merupakan satu perkara yang besar dan harus dipandang serius. Ramai yang menjangka bahawa pada zaman ini tidak mungkin muncul negara-negara baru yang kecil apatah lagi ditadbir oleh kita sendiri. Namun hakikatnya, wujud banyak negara "buatan sendiri" di dunia ini. Hal ini tidak melibatkan kawasan yang luas, ada negara yang hanya seluas 550 meter persegi (Sealand) dan banyak lagi ciri-ciri unik yang lain. Pada kajian saya, terdapat lebih kurang 50 buah micronations di dunia.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk emperkenalkan anda dengan beberapa micronations yang wujud.

1. Principality of Sealand

Principality of Sealand adalah salah satu micronation yang terletak di atas HM Fort Roughs iaitu salah sebuah kubu Perang Dunia Kedua yang berbentuk pelantar di North Sea (10 km dari Suffolk, England). Sealand ditubuhkan pada 2 September 1967 dan ditadbir oleh keluarga Bates. Berkeluasan hanya 550 meter persegi, negara ini menggunakan sistem oligarki dan raja berperlembagaan dalam pentadbirannya. Bahasa Inggeris pula dijadikan bahasa utama di negara tersebut. Mereka turut mempunyai matawang dan setem tersendiri.
Imej Principality of Sealand

2. Republic of Molossia

Republic of Molossia adalah sebuah micronation yang diasaskan oleh Kevin Baugh di Dayton, Nevada, AS. Negara ini meliputi rumahnya yang dikenali dengan Government House, kawasan belakang rumah dan taman hadapan rumah (berkeluasan lebih kurang satu ekar). Keluasan keseluruhan negara ini ialah 14.3 ekar. Ditubuhkan pada 3 September 1999, negara ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan dihuni seramai 12 orang. Negara ini lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti telefon, "kereta api", kastam dan banyak lagi.



Kevin Baugh (Pengasas Republic of Molossia)
Terdapat banyak lagi micronations yang wujud di dunia ini. Sila klis SINI untuk melihat senarai serta maklumat tentang micronations yang lain.

Segala maklumat dan imej diperoleh dari Wikipedia http://en.wikipedia.org

Semoga Kita Diberkati Allah

Comments