MyMiniCity.com: Bina Bandar Anda Sendiri!

Pada kesempatan ini, saya akan memperkenalkan sebuah laman permainan yang menawarkan permainan membina bandar. Laman ini berbeza dengan perkhidmatan permainan bina negara yang lain kerana sebenarnya, anda tidak perlu membina bangunan dan sebagainya tetapi hanya cukup dengan mendaftar. 
Jadi, bagaimana untuk membangunkan "negara" tersebut? Mudah sahaja. Setiap kali anda atau sesiapa sahaja melawat "bandar" anda, akan bertambah bilangan penduduk. Seterusnya, tahap kemajuan akan meningkat kepada "bandar industri", "bandar pengangkutan" dan lain-lain.
Laman yang dimaksudkan ialah MyMiniCity.com http://www.myminicity.com

Mari ikuti tutorial cara mendaftar.

1. Layari MyMiniCity.com http://www.myminicity.com
2. Pilih negara asal anda pada kotak Choose a country: 

3. Namakan nama bandar anda pada kotak Choose a name for your city:
4. Seterusnya klik butang Create 

Kini anda telah berjaya mewujudkan bandar baharu. Tahniah

Anda digalakkan untuk melawat bandar saya yang dinamakan dengan nama USNOM

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Comments

Post a Comment