Jun 11, 2010

Sistem Maklumat Halal JAKIM: Panduan Berguna!





Mencari dan mewujudkan produk yang halal adalah tanggungjawab umat Islam. Pada masa kini, kita dapat menyemak kesahihan logo Halal JAKIM dengan mudah iaitu melalui Sistem Maklumat Halal JAKIM iaitu pada laman web http://www.halaljakim.gov.my/directory/

Perkhidmatan menyemak disediakan dalam tiga (3) jenis semakan iaitu:
1. Barcode
2. Diskripsi
3. Syarikat

Ikuti tutorial cara menyemak Halal JAKIM melalui ketiga-tiga cara tersebut:
Barcode
1. Layari Sistem Maklumat Halal JAKIM http://www.halaljakim.gov.my/directory/
2. Klik pada pilihan Barcode di bahagian kiri laman.
3. Masukkan nombor kod bar yang terdapat pada produk tersebut di kotak yang disediakan. Klik SEMAK.


Diskripsi
1. Layari Sistem Maklumat Halal JAKIM http://www.halaljakim.gov.my/directory/
2. Klik pada pilihan Diskripsi di bahagian kiri laman.
3. Masukkan maklumat yang berkenaan pada kotak Maklumat sama ada jenama dan sebagainya. Seterusnya, klik Search.
Syarikat
1. Layari Sistem Maklumat Halal JAKIM http://www.halaljakim.gov.my/directory/
2. Klik pada pilihan Syarikat di bahagian kiri laman.
3. Masukkan nama syarikat  yang berkenaan pada kotak Maklumat. Seterusnya, klik Cari.
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah
 

2 comments:

  1. tak dapat masuk pun! link not found!

    ReplyDelete
  2. Sila baca artikel terbaru di http://syamirulm.blogspot.com/2011/03/sistem-maklumat-halal-jakim-bah-2.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails