Jun 6, 2010

STDU Viewer 1.5: Peninjau Dokumen Serba Boleh!

Kini, semakin banyak dokumen bertulis sama ada rencana, buku, kitab dan sebagainya boleh didapati dengan mudah dari Internet. Antara format yang terkenal ialah format .PDF. Namun, berdasarkan pengalaman saya, terdapat juga fail-fail atau dokumen-dokumen yang dihasilkan dengan format yang berbeza seperti .DJVU dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan pembaca untuk membuka fail tersebut.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, saya akan perkenalkan anda dengan satu perisian yang mampu membaca pelbagai format dokumen termasuklah .TIF .TIFF .DJV .DJVU .PDF .TXT .XPS .CBZ .CBR .TCR .JBIG2 dan .JB2

Perisian yang dimaksudkan ialah STDU Viewer 1.5 
Maklumat Ringkas

Nama: STDU Viewer 1.5
Laman Web Pengeluar: http://www.stdutility.com/stduviewer.html
Lesen: Percuma

Kebaikan: Mudah digunakan, boleh membaca pelbagai jenis fail.
Keburukan: Grafik antaramuka kurang menyerlah.
Semoga Berjaya dan Semoga Kita Diberkati Allah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails