Quran.com: Laman Sehenti Al-Quran!

Insya Allah, pada kali ini saya akan memperkenalkan anda laman yang sangat berguna bagi kita semua iaitu Quran.com http://www.quran.com


Secara umumnya, laman ini membolehkan kita membaca Al-Quran atas talian, selain membaca terjemahannya dalam pelbagai bahasa serta khidmat mencari Ayat Al-Quran. Ikuti tutorial ini satu-persatu.

1. Sila pilih surah yang anda inginkan.
2. Kini anda boleh melihat paparan Surah yang anda pilih tadi.
3. Untuk membuat tetapan (setting), sila lihat kotak pada kiri laman.
4. Pada kotak Arabic, anda boleh memilih sama ada ingin memaparkan ayat dan Tafsir Al-Jalalain atau tidak.
5. Pada kotak English, anda boleh memilih pelbagai versi terjemahan dalam Bahasa Inggeris seperti Sahih International, Muhsin Khan, Pickthall, Yusuf Ali dan sebagainya
6. Pada kotak Other Languages pula, pilih terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu 

Selain itu, anda juga boleh melakukan khidmat carian ayat Al-Quran melalui tiga (3) cara:

1. Nombor Surah dan Ayat: 2:14 = Surah ke-2 (Al-Baqarah) ayat ke 14

2. Carian Perkataan dan Frasa: Sabar

3. Carian Sistem Fonetik (Phonetic) : Maaliki Yaum Addin (Al-Fatihah:4)

Catatan: Sebelum ini saya pernah menulis beberapa artikel mengenai laman-laman yang menyediakan khidmat barkaitan dengan Al-Quran. Sila klik SINI

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Comments