Mar 20, 2010

QuranicAudio.com: Laman Muat Turun Audio Al-Quran

Pada hemat saya, laman ini memang dicari oleh ramai individu. Apa tidaknya, laman ini menyediakan khidmat  mendengar dan muat turun (download) audio Al-Quran yang dibaca oleh para qura' yang terkenal dari seluruh dunia. Antaranya termasuklah Sheikh Abdul Basit, Saad Al-Ghamidi, Abdul Rahman As-Sudais, Ibrahim Al-Jibrin, Mahmoud Khalil Al-Husary, Mishari Rashid Al-'Afasy dan banyak lagi. Laman yang dimaksudkan ialah QuranicAudio.com http://www.quranicaudio.com

Tutorial untuk mendengar dan muat turun bacaan Al-Quran adalah seperti berikut:
1. Layari  QuranicAudio.com http://www.quranicaudio.com
2. Pilih nama Qari dari senarai Recitations. Sebagai contoh, saya memilih Sheikh Abdul Rahman As-Sudais.

3. Paparan terbaru akan terhasil. Untuk mendengar bacaan, sila klik perkataan mp3 pada lajur (column) Listen.  
4. Untuk muat turun bacaan surah tertentu, sila klik perkataan mp3 pada lajur (column) Download.  
5. Untuk mendengar seluruh bacaan Qari tersebut, sila klik butang Download All di sebelah nama Qari.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan mendengar dan muat turun bacaan Solat Tarawih dan Bacaan Berserta Terjemahan.
  
  Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Soalan #2: Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan "Papan Kekunci Pada Skrin" (On-Screen Keyboard)?

Papan Kekunci Pada Skrin (On-Screen Keyboard) adalah salah satu inisiatif untuk menggantikan penggunaan papan kekunci. Biasanya, kemudahan ini digunakan ketika menghadapi kecemasan seperti kerosakan papan kekunci dan sebagainya.
Cara untuk mengaktifkan Papan Kekunci Pada Skrin mungkin berbeza berdasarkan sistem operasi yang digunakan. Saya menggunakan Windows XP.

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan Papan Kekunci Pada Skrin:
1. Klik butang Start pada Palang Tugas (Taskbar)
2. Klik All Programs>Accessories>Accessibility>On-Screen Keyboard

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP: Pusat Rujukan Bahasa Melayu Terulung!

"Akhirnya aku temui juga..." Itulah kata-kata saya apabila menemui sebuah laman web yang sangat berguna buat saya. Untuk pengetahuan anda, saya sangat senang melihat penggunaan Bahasa Melayu Standart sangat meluas dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang saya maksudkan ialah penggunaan istilah yang betul dalam menterjemahkan sesuatu perkataan bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu.
Atas kesedaran inilah saya cuba menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam artikel-artikel yang saya tulis. Oleh itu, sering kali saya perlu menterjemahkan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris seperti install, interface, download dan sebagainya ke dalam Bahasa Melayu. Bagaimana caranya untuk menghadapi masalah ini? Apakah terjemahan yang sesuai?
Kini perkara tersebut sudah tidak lagi menjadi masalah buat saya. Saya telah menemui Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP http://prpm.dbp.gov.my/
Mari ikuti tutorial penggunaan laman ini.

Andaikata saya ingin mencari terjemahan yang paling sesuai untuk perkataan double-click.
1. Layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP http://prpm.dbp.gov.my/
2. Taip perkataan yang anda mahu dalam kotak yang disediakan. Sebagai contoh, perkataan double-click.
3. Klik Cari
4. Hasil carian akan diberi dalam pelbagai kategori. Untuk kategori Kamus Bahasa Melayu, paparan berikut akan muncul.
5. Untuk kategori Istilah Malaysia, paparan berikut akan muncul.
6. Untuk kategori Istilah MABBIM, paparan berikut akan muncul.

Sebenarnya banyak lagi aplikasi dalam laman ini yang perlu anda terokai. Apa yang paling saya harapkan agar kita dapat sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dengan meluaskan lagi penggunaannya dalam segenap bidang.
 Gambar Hiasan: Peta Kepulauan Melayu

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah
 

Mar 18, 2010

Savevid.com: Laman Muaturun Video

Menonton video di Youtube.com misalnya memanglah sesuatu yang menyeronokkan. Namun lebih seronok lagi jika kita dapat muaturun video tersebut untuk menjadi koleksi peribadi. Sebenarnya terdapat terlalu banyak cara untuk muaturun video dari laman-laman video seperti Youtube, Metacafe dan sebagainya tetapi kali ini saya akan menunjukkan salah satu cara yang ringkas iaitu dengan menggunakan perkhidmatan dalam Savevid.com http://www.savevid.com

Mari ikuti tutorial di bawah. Saya akan menggunakan Youtube untuk tutorial ini.

1. Sila layari Youtube http://www.youtube.com
2. Cari video yang anda inginkan. Sebagai contoh, saya ingin memuaturun video berkenaan Makkah Friday Khutbah (Translated) 9/18/09
3. Kini anda telah sampai kepada paparan video.
4. Sila salin URL dari kotak yang telah disediakan.
5. Buka pula Savevid.com http://www.savevid.com
6. Tampal URL yang anda telah salin tadi pada kotak URL: dan klik Download.
7. Satu paparan tambahan akan muncul. Pada paparan ini, anda boleh memilih jenis video yang anda inginkan sama ada .flv atau .mp4 . Klik pada jenis video yang anda mahukan.
 
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

Mar 17, 2010

Khutbah On-Line JAKIM: Kemudahan buat para Khatib.



Mencari teks khutbah Jumaat atau khutbah khas gerhana kini bukanlah satu perkara yang sukar. Kini anda boleh mendapatkan teks khutbah yang diiktiraf serta bersifat semasa dengan sangat mudah. Untuk kemudahan ini, anda boleh menggunakan salah satu perkhidmatan yang terdapat pada Laman Web Rasmi JAKIM iaitu Khutbah On-Line JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

Mari kita ikuti tutorial di bawah.

1. Layari Khutbah On-Line JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/
2. Jika komputer anda tidak dilengkapi dengan mukataip (Font) Jawi, sila klik Jawi Font untuk muaturun mukataip Jawi. Untuk mengetahui cara untuk memasang (install) mukataip tersebut, sila muaturun panduan dengan klik pada Cara Install atau baca artikel saya sebelum ini. Klik SINI.
3. Senarai Khutbah dan tarikhnya ada terdapat di bahagian bawah laman ini. Untuk mendapatkan teks khutbah tersebut, sila klik butang yang terdapat pada bahagian kanan tajuk yang diinginkan.
Butang pada kolum Doc adalah teks khutbah versi Jawi, PDF untuk jenis PDF dan Doc(Rumi) adalah untuk teks versi Rumi.
Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah

TypeUpsideDown.com: Sekadar Hiburan.

Saya baru sahaja menemui sebuah laman web yang ringkas namun fungsinya lain dari yang lain. Laman ini tidaklah terlalu penting berbanding laman-laman web yang lain tetapi laman ini sangat unik. Laman ini menawarkan fungsi untuk menerbalikkan perkataan yang ditaip. Sebagai contoh:
Laman Rasmi Syamirul Huzseini

menjadi
ıuıǝsznɥ lnɹıɯɐʎs ıɯsɐɹ uɐɯɐl
Laman yang dimaksudkan ialah TypeUpsideDown.com http://www.typeupsidedown.com
 
Mari ikuti tutorial ringkas ini.
1. Layari TypeUpsideDown.com http://www.typeupsidedown.com
2. Taip perkataan atau ayat yang anda ingin terbalikkan pada kotak Your Text. Secara automatik, perkataan yang diterbalikkan akan terhasil pada kotak Inverted Text.
 
ɐqnɔuǝɯ ʇɐɯɐlǝs


E-Solat.gov.my: Portal Waktu Solat Sedunia!

Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah laman web yang sangat berguna bagi kita sebagai umat Islam iaitu E-Solat http://www.e-solat.gov.my/ Laman ini boleh menjadi rujukan kita untuk mengetahui waktu-waktu solat bukan sahaja di Malaysia malah untuk waktu di luar negara.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita ikuti tutorial penggunaan laman ini.

Waktu Di Malaysia
1. Layari E-Solat http://www.e-solat.gov.my/
2. Klik imej peta negeri yang anda pilih. Sebagai contoh, saya klik pada peta Kedah.

3. Sekarang, pilih Tempoh Paparan Waktu Solat dan Lokasi anda.
4. Seterusnya, klik butang Papar.

5. Sekarang, maklumat mengenai arah kiblat dan juga waktu-waktu solat telah kita peroleh.


Waktu Selain Di Malaysia
1. Layari E-Solat http://www.e-solat.gov.my/
2. Pilih Negara dan Lokasi yang anda inginkan. Sebagai contoh, saya memilih San Francisco, California, USA
3. Klik Papar.
4. Maklumat mengenai waktu-waktu solat di tempat tersebut sudah kita peroleh.

Nota: Untuk menggunakan aplikasi mencari arah kiblat dengan lebih tepat, sila klik SINI

Selamat Mencuba dan Semoga Kita Diberkati Allah


Mar 13, 2010

Soalan #1: Bagaimana cara untuk memasang (install) mukataip (font) ke dalam komputer?

Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin menerangkan bahawa cara adalah berbeza mengikut Sistem Operasi (OS) yang anda gunakan. Saya menggunakan Windows XP.

1. Salin (Copy) fail mukataip yang anda ingin pasang.

2. Sila buka Control Panel>Fonts.

3. Tampal (Paste) fail anda tadi ke dalam folder Fonts.

4. Kini anda bolehlah menggunakan mukataip yang anda pasang tersebut.

Catatan: Untuk mengetahui cara muaturun mukataip secara percuma, sila klik SINI

Semoga Berjaya!

Dafont.com: Pusat Mukataip Percuma!

Peranan sebagai seorang pereka grafik memang memerlukan pelbagai jenis mukataip (font). Kini sudah tidak menjadi masalah kepada kita untuk mendapatkan pelbagai jenis mukataip terutamanya yang percuma.
Pada kesempatan ini, marilah kita sama-sama berkenalan dengan satu laman web yang menawarkan khidmat muaturun mukataip percuma iaitu Dafont http://www.dafont.com

Sila ikuti tutorial untuk muaturun mukataip dari laman ini.
1. Sila layari Dafont http://www.dafont.com
2. Pilih kategori mukataip yang anda mahukan.
3. Koleksi mukataip akan tertera di bahagian bawah laman.

4. Anda boleh menguji mukataip di laman ini dengan menaip perkataan yang anda mahu pada kotak Custom preview. Seterusnya, klik Submit.
5. Untuk muaturun, klik Download pada mukataip yang anda inginkan.
6. Untuk mengetahui cara memasang (install) mukataip yang anda muaturun tadi, sila klik SINI.

Semoga Berjaya!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails