Dec 15, 2011

Pengumuman Puasa dan Raya Malaysia, Brunei dan Singapura

Sangat unik!

Kali ini saya bawakan tiga video, masing-masing adalah Pengumuman Raya 2010 Malaysia, Pengumuman Anak Bulan Syawal 2011 Brunei dan Pengumuman Ramadan di Singapura.

Raya 2010 - Malaysia




Raya 2011 - Brunei



Puasa 2011 - Singapura




Aug 25, 2011

CitationMachine.net: Pemudahcara membuat "Nukilan"

Ramai sebenarnya yang menghadapi masalah untuk membuat "citation" atau nukilan terhadap rujukan-rujukan yang kita gunakan dalam tugasan-tugasan (assignment) kita. Antara contoh standard citation yang sering digunakan ialah APA, MLA, Turabian, Chicago dan sebagainya. Berikut adalah contoh citation menggunakan kaedah APA.


Namun, kini ia bukan lagi masalah jika anda tahu cara menggunakan "Citation Machine" http://www.citationmachine.net

Kita gunakan satu situasi untuk tutorial kali ini; Saya ingin membuat nota kaki citation untuk sebuah buku menggunakan kaedah APA. Jadi caranya adalah seperti berikut:

1. Layari Citation Machine http://www.citationmachine.net


2. Pilih Standard yang ingin anda gunakan.







3. Pilih jenis bahan rujukan yang anda gunakan.

















4. Masukkan maklumat yang berkaitan mengenai buku yang anda gunakan itu, seperti nama penulis, tahun diterbitkan, tajuk, syarikat penerbit dan lain-lain.









5. Klik Submit



6. Kini, citation telah siap dihasilkan. Anda boleh copy citation ini, dan paste dalam tugasan anda.






Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Jul 12, 2011

11000 Hit: Terima Kasih Semua!

Alhamdulillah, sejak diasaskan pada 10 Mac 2008, kini laman ini sudah menerima sebanyak 11000 hit. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah satu bentuk hasil sokongan para pembaca yang budiman sekalian. Oleh itu, teruskan melayari dan mengambil manfaat dari laman ini. Kami sangat menghargai segala jasa baik anda semua!


Jun 28, 2011

Cleverbot.com: Laman Pintar Berbicara

Pada kali ini, saya akan memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang pintar. Mengapa pintar?

Laman ini membolehkan anda bertanya apa-apa sahaja soalan dan akan dijawab dalam masa beberapa saat. Hatta, anda boleh berbual-bual dengannya seolah-olah anda sedang chatting dengan seseorang.

Laman yang dimaksudkan ialah Cleverbot.com http://www.cleverbot.com/

Berikut adalah contoh perbualan saya dengan Cleverbot

Justeru, jangan lupa untuk menguji kepintaran Cleverbot ini... Lakukannya sekarang !

Selamat Mencuba dan Semoga Diberkati Allah

Origami-Instructions.com: Laman Panduan Origami

Origami adalah seni lipatan kertas untuk membentuk sesuatu. Bidang seni yang menarik ini berasal dari Jepun.
Ramai yang sangat berminat untuk mempelajari origami, kerana kadang-kala ilmu origami ini bukan sahaja boleh menjadi satu bentuk hiburan, malah hasilnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Saya mengambil contoh yang mudah iaitu Origami Kotak. Jadi untuk tutorial kali ini, saya bukan ingin mengajar anda cara membuatnya, tetapi berkongsi dengan anda satu laman yang memberi panduan ringkas untuk menghasilkan sesuatu origami.

Laman yang dimaksudkan ialah Origami-Instructions.com http://www.origami-instructions.com/


1. Layari Laman Origami-Instruction.com http://www.origami-instructions.com/
2. Sila pilih kategori origami yang ingin anda hasilkan. Sebagai contoh, saya memilih Origami Boxes and Containers.

3. Kini terpapar pelbagai pilihan bentuk origami yang bersesuaian dengan kategori origami yang anda pilih sebentar tadi. Pilih yang anda mahu. Sebagai contoh, saya memilih Origami Box with Cover.

4. Sekarang, anda boleh membaca panduan bergambar untuk menghasilkan origami tersebut.

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Transformasi Personaliti: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Video-video ini adalah satu bahan tontonan yang menarik serta bermanfaat terutamanya untuk mereka yang akan melanjutkan pelaajaran ke luar negara.
Penyampaian yang bersahaja namun padat dengan mesej yang berguna.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil http://www.saifulislam.com







Jun 26, 2011

Soalan #3: Bagaimana mencipta kulit buku ala-ala For Dummies?

SOALAN: Apakah cara yang mudah untuk mencipta kulit buku ala-ala For Dummies?

JAWAPAN:

Terdapat cara yang mudah untuk mencipta kulit buku sendiri yang bertemakan ala-ala For Dummies.

Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu siri For Dummies.
Secara ringkasnya, siri ini bermaksud koleksi buku-buku yang diterbitkan yang menggunakan rekaan kulit yang hampir sama, dan tajuk buku tersebut akan diakhiri dengan For Dummies. Biasanya buku-buku ini berkisar tentang panduan terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu bidang.

Berikut adalah salah satu contoh buku dibawah siri For Dummies.

Anda boleh mencipta sendiri kulit buku yang mempunyai corak buku seperti siri ini.

1. Sila klik pada pautan ini http://www.nick-james.com/public/479.cfm

2. Sila isikan maklumat yang berkaitan pada kotak yang disediakan di tengah laman ini.

3. Klik pada butang Generate.
4. Apabila imej telah terhasil, klik kanan pada imej tersebut, lalu pilih Save Image As...


Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

SoundFXNow.com: Koleksi Kesan Bunyi Untuk Anda!

Semestinya, kepada sesiapa yang selalu terlibat dalam penerbitan video-video memerlukan pelbagai kesan bunyi (sound effects) untuk memantapkan lagi video yang dihasilkan.
Sering juga saya tertanya-tanya, dari manakah saya boleh memuat turun (download) pelbagai bunyi ini secara percuma. Bunyi-bunyi yang dimaksudkan termasuklah bunyi hentakan, tikaman, senjata api, kenderaan serta banyak lagi bunyi yang menarik.

Kini, saya bawakan kepada anda satu penyelesaian iaitu melalui SoundFX Now http://www.soundfxnow.com/

1. Sila layari SoundFX Now http://www.soundfxnow.com/

2. Andaikata saya ingin memilih bunyi kenderaan yang terbabas lalu melanggar sesuatu. Jadi saya perlu memilih kategori yang sesuai iaitu Vehicle Sound Effect

3. Pilih bunyi yang anda mahukan. Anda boleh mendengar bunyi dengan mengklik pada butang Play. Saya memilih bunyi Car Crash. Klik pada pautan pilihan anda.

4. Lihat pada bahagian bawah laman. Anda akan melihat seperti berikut.

5. Sila klik kanan pada pautan pertama. Klik Save Link As...

6. Tetapkan lokasi untuk anda menyimpan fail bunyi itu. Selesai!

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Apr 22, 2011

Sheikh Dr Abd Rahman As-Sudais (Imam Masjid Al-Haram) di Institut Al-Qayyim



SMAP Labu kini di Wikipedia: Mesti baca !


Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 

Pada entri kali ini, saya berminat untuk memaklumkan dan mengiklankan bahawa sekolah menengah saya, iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL atau SMAP Labu) kini sudah mempunyai artikel sendiri di laman Wikipedia! Pada saya ini merupakan perkembangan yang baik dalam mengetengahkan lagi SMAP Labu dalam kalangan masyarakat. Ini adalah pautan artikel tersebut http://en.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Labu




Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 


Kredit kepada Saudara Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif (ikraam24) dan lain-lain atas usaha gigih mereka.

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Apr 20, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011: Jom pergi ramai-ramai !


Kini, PBAKL 2011 datang lagi...! 
Klik pada imej berikut untuk maklumat lanjut...
Klik pada imej berikut untuk maklumat lanjut...

Apr 16, 2011

Forvo.com: Kenal pasti sebutan untuk pelbagai bahasa!


Pada satu ketika, saya ingin mencari cara untuk menyebut perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Pencarian ini membawa saya menemui sebuah laman web yang sangat berfaedah berkaitan dengan masalah saya tadi iaitu Forvo.com http://www.forvo.com

Secara ringkasnya, laman web ini mengumpulkan sebutan-sebutan (pronunciation) bagi pelbagai perkataan untuk lebih 260 bahasa di dunia seperti English, Portuguese, Russian, Italian, French, German, Arabic, Malay dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, kita juga boleh menyumbang suara kita untuk perkataan yang belum di'suara'kan atau membetulkan suara yang sedia ada.

Untuk lebih faham tentang laman web ini, kita akan bawakan satu contoh. Andaikan, saya ingin mencari sebutan untuk perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Jadi...
1. Layari laman web Forvo.com http://www.forvo.com
2. Taip perkataan yang ingin anda cari dalam kotak Search for a word. Contohnya, Fachhochschule. Klik butang GO.
3. Sekarang, paparan baru telah muncul. Anda boleh memilih perkatan yang anda cari tadi. Klik pada perkataan yang berkenaan.
4. Untuk mendengar sebutan, klik pada butang segi tiga yang berwarna biru. Sila tunggu dalam 2-3 saat untuk mendengar suara tersebut.
Anda juga boleh menambah atau membetulkan sebutan dalam laman web ini. Namun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk hal ini, saya akan bawakan contoh. Andaikata, saya ingin menambah sebutan untuk perkataan Ketupat. Jadi...
1. Sila daftar (Sign up) dan daftar masuk (Log in)
2. Sekarang, paparan baru telah muncul. Klik pada pautan Add words
3. Taip pada perkataan yang ingin anda tambah. Misalnya, Ketupat. Klik pada butang Add word
4. Paparan baru telah muncul menyatakan bahawa perkataan Ketupat telah ditambah dalam bahasa Indonesia. Namun, jangan risau. Kita masih boleh menambah perkataan tersebut untuk bahasa Melayu.
5. Isikan maklumat untuk perkataan yang ingin anda isi.
6. Untuk masuk ke sesi rakaman, klik pada pautan seperti ini
7. Kini, masanya untuk merakam suara. Klik pada butang Bulatan. Sila sebut perkataan itu dengan jelas sebelum tamat jalur merah yang melingkar di dalam butang bulatan tersebut.
8. Jika anda telah berpuas hati dengan sebutan tersebut, bolehlah Send pronunciation
 Tamat untuk sesi rakaman. 

Semoga Berjaya dan Semoga Diberkati Allah

Apr 9, 2011

Kami Bangga Menjadi Muslim : Tonton video ini


Sebuah kejadian menarik yang perlu kita tonton. Kami bangga menjadi Muslim!



"And those who avoid the major sins and immoralities, and when they are angry, they forgive," 
(Koran, Surah Ash Shura 42:37)

"Kind speech and forgiveness are better than charity followed by injury. And Allah is Free of need and Forbearing." 
(Koran, Surah Al Baqarah 2:263)

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;"
(Surah Ash Shura 42:37)

 "(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar." 
(Surah Ash Shura 2:263)

Wallpaper PLKN Tanaki: Kenangan Terindah Kami 2

 
Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
 Nama: Kenangan Terindah Kami 2
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

Apr 8, 2011

Wallpaper PLKN Tanaki: Kenangan Terindah Kami

 
Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
 Nama: Kenangan Terindah Kami
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails