Forvo.com: Kenal pasti sebutan untuk pelbagai bahasa!


Pada satu ketika, saya ingin mencari cara untuk menyebut perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Pencarian ini membawa saya menemui sebuah laman web yang sangat berfaedah berkaitan dengan masalah saya tadi iaitu Forvo.com http://www.forvo.com

Secara ringkasnya, laman web ini mengumpulkan sebutan-sebutan (pronunciation) bagi pelbagai perkataan untuk lebih 260 bahasa di dunia seperti English, Portuguese, Russian, Italian, French, German, Arabic, Malay dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, kita juga boleh menyumbang suara kita untuk perkataan yang belum di'suara'kan atau membetulkan suara yang sedia ada.

Untuk lebih faham tentang laman web ini, kita akan bawakan satu contoh. Andaikan, saya ingin mencari sebutan untuk perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Jadi...
1. Layari laman web Forvo.com http://www.forvo.com
2. Taip perkataan yang ingin anda cari dalam kotak Search for a word. Contohnya, Fachhochschule. Klik butang GO.
3. Sekarang, paparan baru telah muncul. Anda boleh memilih perkatan yang anda cari tadi. Klik pada perkataan yang berkenaan.
4. Untuk mendengar sebutan, klik pada butang segi tiga yang berwarna biru. Sila tunggu dalam 2-3 saat untuk mendengar suara tersebut.
Anda juga boleh menambah atau membetulkan sebutan dalam laman web ini. Namun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk hal ini, saya akan bawakan contoh. Andaikata, saya ingin menambah sebutan untuk perkataan Ketupat. Jadi...
1. Sila daftar (Sign up) dan daftar masuk (Log in)
2. Sekarang, paparan baru telah muncul. Klik pada pautan Add words
3. Taip pada perkataan yang ingin anda tambah. Misalnya, Ketupat. Klik pada butang Add word
4. Paparan baru telah muncul menyatakan bahawa perkataan Ketupat telah ditambah dalam bahasa Indonesia. Namun, jangan risau. Kita masih boleh menambah perkataan tersebut untuk bahasa Melayu.
5. Isikan maklumat untuk perkataan yang ingin anda isi.
6. Untuk masuk ke sesi rakaman, klik pada pautan seperti ini
7. Kini, masanya untuk merakam suara. Klik pada butang Bulatan. Sila sebut perkataan itu dengan jelas sebelum tamat jalur merah yang melingkar di dalam butang bulatan tersebut.
8. Jika anda telah berpuas hati dengan sebutan tersebut, bolehlah Send pronunciation
 Tamat untuk sesi rakaman. 

Semoga Berjaya dan Semoga Diberkati Allah

Comments