Semestinya, kepada sesiapa yang selalu terlibat dalam penerbitan video-video memerlukan pelbagai kesan bunyi (sound effects) untuk memantapkan lagi video yang dihasilkan.
Sering juga saya tertanya-tanya, dari manakah saya boleh memuat turun (download) pelbagai bunyi ini secara percuma. Bunyi-bunyi yang dimaksudkan termasuklah bunyi hentakan, tikaman, senjata api, kenderaan serta banyak lagi bunyi yang menarik.
Kini, saya bawakan kepada anda satu penyelesaian iaitu melalui SoundFX Now
http://www.soundfxnow.com/
1. Sila layari SoundFX Now
http://www.soundfxnow.com/
2. Andaikata saya ingin memilih bunyi
kenderaan yang terbabas lalu melanggar sesuatu. Jadi saya perlu memilih kategori yang sesuai iaitu
Vehicle Sound Effect
3. Pilih bunyi yang anda mahukan. Anda boleh mendengar bunyi dengan mengklik pada butang
Play. Saya memilih bunyi
Car Crash. Klik pada pautan pilihan anda.
4. Lihat pada bahagian bawah laman. Anda akan melihat seperti berikut.
5. Sila klik kanan pada pautan pertama. Klik
Save Link As...
6. Tetapkan lokasi untuk anda menyimpan fail bunyi itu. Selesai!
Semoga Berjaya dan Diberkati Allah