Apr 29, 2011

Kemunculan Pemilik Blog dalam TV3 (23 April 2011)

Apr 22, 2011

Sheikh Dr Abd Rahman As-Sudais (Imam Masjid Al-Haram) di Institut Al-Qayyim



SMAP Labu kini di Wikipedia: Mesti baca !


Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 

Pada entri kali ini, saya berminat untuk memaklumkan dan mengiklankan bahawa sekolah menengah saya, iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL atau SMAP Labu) kini sudah mempunyai artikel sendiri di laman Wikipedia! Pada saya ini merupakan perkembangan yang baik dalam mengetengahkan lagi SMAP Labu dalam kalangan masyarakat. Ini adalah pautan artikel tersebut http://en.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Labu




Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 


Kredit kepada Saudara Muhammad Ikraam Bin Abdul Latif (ikraam24) dan lain-lain atas usaha gigih mereka.

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Apr 20, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011: Jom pergi ramai-ramai !


Kini, PBAKL 2011 datang lagi...! 
Klik pada imej berikut untuk maklumat lanjut...
Klik pada imej berikut untuk maklumat lanjut...

Apr 16, 2011

Forvo.com: Kenal pasti sebutan untuk pelbagai bahasa!


Pada satu ketika, saya ingin mencari cara untuk menyebut perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Pencarian ini membawa saya menemui sebuah laman web yang sangat berfaedah berkaitan dengan masalah saya tadi iaitu Forvo.com http://www.forvo.com

Secara ringkasnya, laman web ini mengumpulkan sebutan-sebutan (pronunciation) bagi pelbagai perkataan untuk lebih 260 bahasa di dunia seperti English, Portuguese, Russian, Italian, French, German, Arabic, Malay dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, kita juga boleh menyumbang suara kita untuk perkataan yang belum di'suara'kan atau membetulkan suara yang sedia ada.

Untuk lebih faham tentang laman web ini, kita akan bawakan satu contoh. Andaikan, saya ingin mencari sebutan untuk perkataan Fachhochschule dalam bahasa Jerman. Jadi...
1. Layari laman web Forvo.com http://www.forvo.com
2. Taip perkataan yang ingin anda cari dalam kotak Search for a word. Contohnya, Fachhochschule. Klik butang GO.
3. Sekarang, paparan baru telah muncul. Anda boleh memilih perkatan yang anda cari tadi. Klik pada perkataan yang berkenaan.
4. Untuk mendengar sebutan, klik pada butang segi tiga yang berwarna biru. Sila tunggu dalam 2-3 saat untuk mendengar suara tersebut.
Anda juga boleh menambah atau membetulkan sebutan dalam laman web ini. Namun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk hal ini, saya akan bawakan contoh. Andaikata, saya ingin menambah sebutan untuk perkataan Ketupat. Jadi...
1. Sila daftar (Sign up) dan daftar masuk (Log in)
2. Sekarang, paparan baru telah muncul. Klik pada pautan Add words
3. Taip pada perkataan yang ingin anda tambah. Misalnya, Ketupat. Klik pada butang Add word
4. Paparan baru telah muncul menyatakan bahawa perkataan Ketupat telah ditambah dalam bahasa Indonesia. Namun, jangan risau. Kita masih boleh menambah perkataan tersebut untuk bahasa Melayu.
5. Isikan maklumat untuk perkataan yang ingin anda isi.
6. Untuk masuk ke sesi rakaman, klik pada pautan seperti ini
7. Kini, masanya untuk merakam suara. Klik pada butang Bulatan. Sila sebut perkataan itu dengan jelas sebelum tamat jalur merah yang melingkar di dalam butang bulatan tersebut.
8. Jika anda telah berpuas hati dengan sebutan tersebut, bolehlah Send pronunciation
 Tamat untuk sesi rakaman. 

Semoga Berjaya dan Semoga Diberkati Allah

Apr 9, 2011

Kami Bangga Menjadi Muslim : Tonton video ini


Sebuah kejadian menarik yang perlu kita tonton. Kami bangga menjadi Muslim!



"And those who avoid the major sins and immoralities, and when they are angry, they forgive," 
(Koran, Surah Ash Shura 42:37)

"Kind speech and forgiveness are better than charity followed by injury. And Allah is Free of need and Forbearing." 
(Koran, Surah Al Baqarah 2:263)

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;"
(Surah Ash Shura 42:37)

 "(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar." 
(Surah Ash Shura 2:263)

Wallpaper PLKN Tanaki: Kenangan Terindah Kami 2

 
Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
 Nama: Kenangan Terindah Kami 2
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

Apr 8, 2011

Wallpaper PLKN Tanaki: Kenangan Terindah Kami

 
Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
 Nama: Kenangan Terindah Kami
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

Wallpaper PLKN Tanaki: Latihan Tali Tinggi


Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."

 Nama: Latihan Tali Tinggi
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

Apr 7, 2011

Wallpaper PLKN Tanaki: Sorakan Kem Tanaki


Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
 Nama: Sorakan Kem Tanaki
Saiz: 1280x768 


Untuk banyak lagi wallpaper, sila klik SINI 

Wallpaper PLKN Tanaki: Ukhwah


Untuk muat turun (download), sila klik pada gambar.
Seterusnya, klik kanan (right click), dan pilih "Save Image As..."
Tajuk: Ukhwah
Saiz: 1280x768

Untuk banyak lagi wallpaper, klik SINI

Apr 1, 2011

Khutbah On-Line JAKIM: Kemudahan buat para Khatib (2)

Laman Khutbah JAKIM telah berubah wajah. Jadi, mari kita ikuti tutorial memuat turun teks khutbah Jumaat.

1. Layari Portal Rasmi JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbah-online

2. Kini, tajuk-tajuk khutbah telah terpapar. Tajuk khutbah pada senarai teratas adalah tajuk terkini.

3. Anda boleh memuat turun teks khutbah versi Jawi dan Rumi. Untuk memuat turun, sila klik pada pautan yang terdapat pada kanan tajuk yang berkaitan.

PERINGATAN: Pastikan anda memilih tajuk khutbah yang betul berdasarkan tarikh yang terpapar.

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails