Jun 28, 2011

Cleverbot.com: Laman Pintar Berbicara

Pada kali ini, saya akan memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang pintar. Mengapa pintar?

Laman ini membolehkan anda bertanya apa-apa sahaja soalan dan akan dijawab dalam masa beberapa saat. Hatta, anda boleh berbual-bual dengannya seolah-olah anda sedang chatting dengan seseorang.

Laman yang dimaksudkan ialah Cleverbot.com http://www.cleverbot.com/

Berikut adalah contoh perbualan saya dengan Cleverbot

Justeru, jangan lupa untuk menguji kepintaran Cleverbot ini... Lakukannya sekarang !

Selamat Mencuba dan Semoga Diberkati Allah

Origami-Instructions.com: Laman Panduan Origami

Origami adalah seni lipatan kertas untuk membentuk sesuatu. Bidang seni yang menarik ini berasal dari Jepun.
Ramai yang sangat berminat untuk mempelajari origami, kerana kadang-kala ilmu origami ini bukan sahaja boleh menjadi satu bentuk hiburan, malah hasilnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Saya mengambil contoh yang mudah iaitu Origami Kotak. Jadi untuk tutorial kali ini, saya bukan ingin mengajar anda cara membuatnya, tetapi berkongsi dengan anda satu laman yang memberi panduan ringkas untuk menghasilkan sesuatu origami.

Laman yang dimaksudkan ialah Origami-Instructions.com http://www.origami-instructions.com/


1. Layari Laman Origami-Instruction.com http://www.origami-instructions.com/
2. Sila pilih kategori origami yang ingin anda hasilkan. Sebagai contoh, saya memilih Origami Boxes and Containers.

3. Kini terpapar pelbagai pilihan bentuk origami yang bersesuaian dengan kategori origami yang anda pilih sebentar tadi. Pilih yang anda mahu. Sebagai contoh, saya memilih Origami Box with Cover.

4. Sekarang, anda boleh membaca panduan bergambar untuk menghasilkan origami tersebut.

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

Transformasi Personaliti: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Video-video ini adalah satu bahan tontonan yang menarik serta bermanfaat terutamanya untuk mereka yang akan melanjutkan pelaajaran ke luar negara.
Penyampaian yang bersahaja namun padat dengan mesej yang berguna.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil http://www.saifulislam.com







Jun 26, 2011

Soalan #3: Bagaimana mencipta kulit buku ala-ala For Dummies?

SOALAN: Apakah cara yang mudah untuk mencipta kulit buku ala-ala For Dummies?

JAWAPAN:

Terdapat cara yang mudah untuk mencipta kulit buku sendiri yang bertemakan ala-ala For Dummies.

Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu siri For Dummies.
Secara ringkasnya, siri ini bermaksud koleksi buku-buku yang diterbitkan yang menggunakan rekaan kulit yang hampir sama, dan tajuk buku tersebut akan diakhiri dengan For Dummies. Biasanya buku-buku ini berkisar tentang panduan terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu bidang.

Berikut adalah salah satu contoh buku dibawah siri For Dummies.

Anda boleh mencipta sendiri kulit buku yang mempunyai corak buku seperti siri ini.

1. Sila klik pada pautan ini http://www.nick-james.com/public/479.cfm

2. Sila isikan maklumat yang berkaitan pada kotak yang disediakan di tengah laman ini.

3. Klik pada butang Generate.
4. Apabila imej telah terhasil, klik kanan pada imej tersebut, lalu pilih Save Image As...


Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

SoundFXNow.com: Koleksi Kesan Bunyi Untuk Anda!

Semestinya, kepada sesiapa yang selalu terlibat dalam penerbitan video-video memerlukan pelbagai kesan bunyi (sound effects) untuk memantapkan lagi video yang dihasilkan.
Sering juga saya tertanya-tanya, dari manakah saya boleh memuat turun (download) pelbagai bunyi ini secara percuma. Bunyi-bunyi yang dimaksudkan termasuklah bunyi hentakan, tikaman, senjata api, kenderaan serta banyak lagi bunyi yang menarik.

Kini, saya bawakan kepada anda satu penyelesaian iaitu melalui SoundFX Now http://www.soundfxnow.com/

1. Sila layari SoundFX Now http://www.soundfxnow.com/

2. Andaikata saya ingin memilih bunyi kenderaan yang terbabas lalu melanggar sesuatu. Jadi saya perlu memilih kategori yang sesuai iaitu Vehicle Sound Effect

3. Pilih bunyi yang anda mahukan. Anda boleh mendengar bunyi dengan mengklik pada butang Play. Saya memilih bunyi Car Crash. Klik pada pautan pilihan anda.

4. Lihat pada bahagian bawah laman. Anda akan melihat seperti berikut.

5. Sila klik kanan pada pautan pertama. Klik Save Link As...

6. Tetapkan lokasi untuk anda menyimpan fail bunyi itu. Selesai!

Semoga Berjaya dan Diberkati Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails