Oct 12, 2012

Widget Blog untuk Derma Surau Baru SMAP Labu


Assalamualaikum.

Kini sedang diadakan kempen untuk mengumpul dana bagi pembinaan surau baru di salah sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu).

Pengenalan

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi dengan para blogger sekalian, tanpa mengira bahawa anda pelajar SMAP Labu ataupun tidak, adalah untuk berkongsi satu kod gadget. 

Kod gadget ini akan menghasilkan gambar di bahagian tepi blog anda seperti berikut:

Iklan Derma Surau SMAP Labu

Saya berbesar hati andai anda berkelapangan untuk menambah kod ini ke dalam blog anda, supaya kempen ini dapat disebarkan dengan jayanya.

Kod Gadget
Oleh itu, sekarang saya lampirkan kod yang boleh anda tambah ke dalam blog anda.


Cara Memasang

Insya Allah, di sini juga saya lampirkan panduan untuk memasang widget kempen ini di dalam blog anda. Panduan ini adalah untuk pengguna hos Blogger.com

1. Sila buka Blogger.com http://www.blogger.com . Sila log masuk.

2. Klik pada butang bergambar kertas (sebelah kanan butang pensel), dan klik pada Layout.

3. Sila klik pada perkataan Add a Gadget. 

4. Klik pada HTML/Javascript.
5. Sila beri tajuk mengikut kemahuan anda, dan tampalkan kod yang telah saya lampirkan di atas ke dalam ruang yang disediakan. Tekan Save.

6. Kini, gadget iklan sudah dimasukkan ke blog anda. Insya Allah.

Penutup

Saya amat mengalu-alukan jasa baik para pembaca sekalian untuk sama-sama menyebarkan peluang yang baik ini. Semoga Allah memberkati usaha ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila klik pautan ini http://syamirulm.blogspot.com/p/kutipan-dana-pembinaan-surau-baru-smap.html .

Allahu a'lam.


Sep 15, 2012

Masalah Virus "Folder" menjadi "Shortcut"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W., serta kepada ahli keluarganya dan sekalian sahabatnya.

Soalan yang sering berkisar, terutamanya bagi pengguna komputer-komputer di tempat awam (sekolah, kolej, pejabat dll) ialah persoalan bagaimana memulihkan masalah semua folder dalam pemacu USB yang telah bertukar menjadi fail shortcut.

Paparan apabila masalah virus ini berlaku.

Masalah ini telah menyebabkan semua folder yang disimpan di dalam pemacu USB tidak dapat dibuka atau diakses. Ini memang satu masalah yang besar.

Buat masa ini, saya masih tidak pasti apa puncanya tetapi Alhamdulillah, kini masalah ini dapat diselesaikan. Berikut adalah kaedah yang boleh digunakan.

1. Sila muat turun UiTM Virus Shortcut Remover V3.1 melalui pautan berikut:
4shared: http://www.4shared.com/file/QjoON7jY/Shortcut_Virus_Remover_v31.htm
 atau
MediaFire: http://www.mediafire.com/?nv62m30bkbl5bt4

2. Sila aktifkan perisian tersebut dan ikut langkah-langkah seterusnya. Jangan risau, perisian ini sangat mudah digunakan.

Insya Allah, masalah ini akan selesai. Kredit kepada sYaM92x yang dipercayai telah membangunkan perisian yang bermanfaat ini.


Sep 10, 2012

SMAP Labu Dalam Utusan Malaysia

Assalamualaikum.

Berikut disertakan beberapa gambar keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2012.
Nota: Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Catatan: Untuk menyumbang dana dalam projek Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan ini.



Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 




Catatan: Untuk menyumbang dana dalam projek Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan ini.

Maklumat lanjut ada dipaparkan. http://syamirulm.blogspot.com/p/kutipan-dana-pembinaan-surau-baru-smap.html

Untuk menyumbang dalam tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu, sila klik pautan di bawah. Maklumat lanjut: 


Semoga melalui lawatan yang dijalankan ini benar-benar memberi manfaat dan faedah kepada SMAP Labu keseluruhannya. Moga-moga pelajar mendapat aspirasi untuk melakar kejayaan besar di masa hadapan.

Jul 26, 2012

Ustaz Hasrizal: Amar Makruf Nahi Munkar

Sebuah video yang menarik, pada menyatakan tips-tips dan nasihat bagi setiap pendakwah yang berazam untuk menebarkan dakwah Islam delan sukses. Insya Allah.

Ceramah telah disampaikan oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sila layari blog beliau http://www.saifulislam.com

Mar 11, 2012

Microsoft Maren: Menaip Bahasa Arab Semudah ABC


Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang.

Pada kali ini, Insya Allah saya akan memperkenalkan satu perisian yang membantu anda untuk menaip dalam Bahasa Arab, iaitu Microsoft Maren.


Mudah ceritanya, andaikata anda ingin menaip perkataan مدرسة, maka anda hanya perlu menulis madrasah dalam Tulisan Rumi; tidak perlu lagi terbeliakkan mata mencari huruf Arab satu persatu pada papan kekunci anda.

Mudah bukan?

Berikut adalah langkah-langkah pemasangan.
1. Muat turun perisian Microsoft Maren pada pautan ini http://www.microsoft.com/middleeast/egypt/cmic/maren/

2. Klik pada fail yang telah dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan.

3. Setelah proses pemasangan (installation), maka akan ada ikon baru bertulis EN akan wujud di penjuru kanan bawah dekstop anda. 


4. Tekan ikon tersebut dan klik pada Arabic.


5. Kini, anda telah mengubah mode papan kekunci anda kepada mode Arabic.

6. Sekarang tiba masanya untuk menguji. Sila buka Microsoft Word.

7. Sebelum menaip, pastikan ikon EN tadi berubah pada AR. Jika tidak, sila ulang langkah 4.


8. Tulis perkataan yang anda mahukan. Perkataan demi perkataan akan ditukarkan dalam Bahasa dan Tulisan Arab. Untuk variasi perkataan, anda boleh memilih pilihan yang disediakan.

Beginilah yang anda lihat tatkala menggunakan perisian ini.

Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba.


Mar 4, 2012

Dialek Kedah Sebagai Pencerminan Sejarah Budaya Kedah

oleh: Dato' Prof. Emeritus Asmah Haji Omar 

Sesuatu bahasa tabii tidak pernah seragam. Bagi sesuatu perkataan, bunyi atau ayat tertentu, penutur yang berbagai-bagai akan mengucapkan bentuk atau pengwujudan dari perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Jika ini kita dapat perhatikan pada ujaran dua atau tiga orang penutur, apatah lagi ribuan atau jutaan penutur dalam satu masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu, melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat. 

Dalam perkataan lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari dari dicirikan oleh dialek: dua,tiga atau pun jauh lebih banyak dari itu. Misalnya Bahasa Melayu/Malaysia mempunyai berbagai-bagai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan seterusnya. Tiap-tiap dialek itu mempunyai sifat-sifatnya tersendiri yang membezakannya dari dialek-dialek lain. Perbezaan diantara dialek-dialek itu boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sistem bahasa dan kawasan penyebarannya.

Artikel penuh boleh dibaca di http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html#

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails