Masalah Virus "Folder" menjadi "Shortcut"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W., serta kepada ahli keluarganya dan sekalian sahabatnya.

Soalan yang sering berkisar, terutamanya bagi pengguna komputer-komputer di tempat awam (sekolah, kolej, pejabat dll) ialah persoalan bagaimana memulihkan masalah semua folder dalam pemacu USB yang telah bertukar menjadi fail shortcut.

Paparan apabila masalah virus ini berlaku.

Masalah ini telah menyebabkan semua folder yang disimpan di dalam pemacu USB tidak dapat dibuka atau diakses. Ini memang satu masalah yang besar.

Buat masa ini, saya masih tidak pasti apa puncanya tetapi Alhamdulillah, kini masalah ini dapat diselesaikan. Berikut adalah kaedah yang boleh digunakan.

1. Sila muat turun UiTM Virus Shortcut Remover V3.1 melalui pautan berikut:
4shared: http://www.4shared.com/file/QjoON7jY/Shortcut_Virus_Remover_v31.htm
 atau
MediaFire: http://www.mediafire.com/?nv62m30bkbl5bt4

2. Sila aktifkan perisian tersebut dan ikut langkah-langkah seterusnya. Jangan risau, perisian ini sangat mudah digunakan.

Insya Allah, masalah ini akan selesai. Kredit kepada sYaM92x yang dipercayai telah membangunkan perisian yang bermanfaat ini.


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment