Mar 11, 2012

Microsoft Maren: Menaip Bahasa Arab Semudah ABC


Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang.

Pada kali ini, Insya Allah saya akan memperkenalkan satu perisian yang membantu anda untuk menaip dalam Bahasa Arab, iaitu Microsoft Maren.


Mudah ceritanya, andaikata anda ingin menaip perkataan مدرسة, maka anda hanya perlu menulis madrasah dalam Tulisan Rumi; tidak perlu lagi terbeliakkan mata mencari huruf Arab satu persatu pada papan kekunci anda.

Mudah bukan?

Berikut adalah langkah-langkah pemasangan.
1. Muat turun perisian Microsoft Maren pada pautan ini http://www.microsoft.com/middleeast/egypt/cmic/maren/

2. Klik pada fail yang telah dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan.

3. Setelah proses pemasangan (installation), maka akan ada ikon baru bertulis EN akan wujud di penjuru kanan bawah dekstop anda. 


4. Tekan ikon tersebut dan klik pada Arabic.


5. Kini, anda telah mengubah mode papan kekunci anda kepada mode Arabic.

6. Sekarang tiba masanya untuk menguji. Sila buka Microsoft Word.

7. Sebelum menaip, pastikan ikon EN tadi berubah pada AR. Jika tidak, sila ulang langkah 4.


8. Tulis perkataan yang anda mahukan. Perkataan demi perkataan akan ditukarkan dalam Bahasa dan Tulisan Arab. Untuk variasi perkataan, anda boleh memilih pilihan yang disediakan.

Beginilah yang anda lihat tatkala menggunakan perisian ini.

Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba.


Mar 4, 2012

Dialek Kedah Sebagai Pencerminan Sejarah Budaya Kedah

oleh: Dato' Prof. Emeritus Asmah Haji Omar 

Sesuatu bahasa tabii tidak pernah seragam. Bagi sesuatu perkataan, bunyi atau ayat tertentu, penutur yang berbagai-bagai akan mengucapkan bentuk atau pengwujudan dari perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Jika ini kita dapat perhatikan pada ujaran dua atau tiga orang penutur, apatah lagi ribuan atau jutaan penutur dalam satu masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu, melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat. 

Dalam perkataan lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari dari dicirikan oleh dialek: dua,tiga atau pun jauh lebih banyak dari itu. Misalnya Bahasa Melayu/Malaysia mempunyai berbagai-bagai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan seterusnya. Tiap-tiap dialek itu mempunyai sifat-sifatnya tersendiri yang membezakannya dari dialek-dialek lain. Perbezaan diantara dialek-dialek itu boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sistem bahasa dan kawasan penyebarannya.

Artikel penuh boleh dibaca di http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html#

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails