Oct 12, 2012

Widget Blog untuk Derma Surau Baru SMAP Labu


Assalamualaikum.

Kini sedang diadakan kempen untuk mengumpul dana bagi pembinaan surau baru di salah sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu).

Pengenalan

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi dengan para blogger sekalian, tanpa mengira bahawa anda pelajar SMAP Labu ataupun tidak, adalah untuk berkongsi satu kod gadget. 

Kod gadget ini akan menghasilkan gambar di bahagian tepi blog anda seperti berikut:

Iklan Derma Surau SMAP Labu

Saya berbesar hati andai anda berkelapangan untuk menambah kod ini ke dalam blog anda, supaya kempen ini dapat disebarkan dengan jayanya.

Kod Gadget
Oleh itu, sekarang saya lampirkan kod yang boleh anda tambah ke dalam blog anda.


Cara Memasang

Insya Allah, di sini juga saya lampirkan panduan untuk memasang widget kempen ini di dalam blog anda. Panduan ini adalah untuk pengguna hos Blogger.com

1. Sila buka Blogger.com http://www.blogger.com . Sila log masuk.

2. Klik pada butang bergambar kertas (sebelah kanan butang pensel), dan klik pada Layout.

3. Sila klik pada perkataan Add a Gadget. 

4. Klik pada HTML/Javascript.
5. Sila beri tajuk mengikut kemahuan anda, dan tampalkan kod yang telah saya lampirkan di atas ke dalam ruang yang disediakan. Tekan Save.

6. Kini, gadget iklan sudah dimasukkan ke blog anda. Insya Allah.

Penutup

Saya amat mengalu-alukan jasa baik para pembaca sekalian untuk sama-sama menyebarkan peluang yang baik ini. Semoga Allah memberkati usaha ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila klik pautan ini http://syamirulm.blogspot.com/p/kutipan-dana-pembinaan-surau-baru-smap.html .

Allahu a'lam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails