Oct 1, 2013

Cara Sangat Mudah Muat Turun Video Dari Facebook

Assalamualaikum.

Sesetengah orang mendapati agak sukar untuk muat turun (download) video yang mereka suka di Facebook. Berikut adalah cara yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Ikuti langkah-langkah di bawah.

*Gambar di bawah boleh diklik untuk lebih jelas dilihat*

1. Misalnya ada rakan anda berkongsi video, dan ia terpapar pada news feed anda. Jadi, klik pada pautan (link) video tersebut, seperti contoh dalam gambar di bawah.


 atau


2. Highlight pada keseluruhan link video, lalu klik kanan (right click) dan pilih "Copy", seperti dalam gambar berikut.


3. Kemudian, sila layari http://en.savefrom.net


4. Right click pada ruang yang disediakan, kemudian klik "Paste".


5. Klik butang "Download".

6. Paparan baru akan terhasil. Klik pada saiz video yang anda mahu, iaitu pada bahagian kanan dalam gambar di bawah. Proses muat turun akan bermula. Insya Allah.


Semoga Bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails