Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt dianggap sebagai acara terbesar di dunia dalam bidang penerbitan. Untuk tahun ini, pesta berlangsung dari 14-18 Oktober 2015 di Frankfurt am Main, Jerman. Kami sempat melawat pada hari terakhir acara.
Bercakap tentang saiznya, pesta ini terdiri daripada lebih kurang empat atau lima buah bangunan besar. Setiap bangunan ini pula ada dua hingga empat tingkat. Ruang-ruang pameran dibahagikan berdasarkan kategori penerbitan dan negara penerbit.

Biasanya akan ada negara yang menjadi tetamu istimewa untuk pesta ini. Ia disebut "Guest of Honour". Pada tahun lepas, Finland mendapat peluang untuk berada pada kedudukan ini. Manakala pada tahun ini Indonesia memperoleh peluang tersebut. Oleh itu terdapat satu dewan khas disediakan untuk pihak Indonesia mengadakan pameran mereka.
Tema yang dipilih oleh Indonesia ialah "17000 Islands of Imagination". Tema ini berkait rapat dengan ciri semulajadi Indonesia yang terdiri daripada lebih 17000 buah pulau. Dari segi hiasan dalaman dewan, terdapat tiang-tiang putih digantung memenuhi dewan dan tiang tersebut disinari derngan warna biru. Rekaan ini mungkin menjadi simbolik kepada lautan samudera.
Di celahan tiang-tiang ini pula terdapat meja-meja kecil yang di atasnya diletakkan bahan pameran. Kedudukan meja-meja ini berjarak antara satu sama lain, mungkin sebagai simbolik kepada pulau-pulau yang berserakan di Indonesia. Ada juga beberapa meja yang mempamerkan manuskrip-manuskrip tempatan (replika?) yang ditulis dengan tulisan-tulisan peribumi Indonesia seperti Batak dan lain-lain.
"Laut dan Pulau. Samudera dan Nusa" |
Jadi,
berlegar-legar di dalam dewan ini dirasakan seolah-oleh sedang melayari
lautan Indonesia yang luas, dan bersinggah pada meja-meja pameran adalah seolah-olah bersinggah
ke pulau-pulau di Indonesia. Pengunjung akan mengumpul maklumat tentang Indonesia daripada pulau-pulau ini. Konsep yang menarik.
Ketika kami tiba di sini, pertunjukan cara menyediakan makanan tradisi pecel (pecal) sedang berlangsung. Pertunjukan diadakan dalam Bahasa Indonesia dan diterjemahkan secara berselang-seli oleh penterjemah ke dalam Bahasa Jerman. Menurut ibu ini, kalau kuah kacang itu bercampur air, maka ia menjadi kuah pecal. Kalau dicampur santan maka ia menjadi kuah gado-gado.
Tidak jauh dari tempat pertunjukan masakan ini terdapat sebuah meja khas mempamerkan beberapa jenis rempah ratus. Pengunjung mengambil kesempatan menyentuh dan menghidu bahan-bahan tersebut. Ada yang menangkap gambar. Mungkin rempah ratus ini baru bagi mereka.
Hinggakan rekaan lampu di dalam dewan ini juga menarik perhatian beberapa pengunjung. Kami dapat lihat beberapa orang membelek-beleknya. Lampu-lampu ini direka berbentuk buku. Jika "buku-buku" ini ditutup, maka cahayanya akan padam.

Tambahan kepada itu, di tingkat bawah dewan ini ada dibuka gerai menjual makanan Indonesia. Ramai juga yang beratur untuk merasa juadah tersebut.
Perjalanan diteruskan ke kawasan dewan bertema "Agama". Tidak ramai berada di sini, mungkin kerana sudah lewat. Sempat dilihat beberapa booth bertemakan Islam dan Kristian. Tidak ketinggalan juga ialah golongan Ahmadiyyah yang mengusahakan booth mereka sendiri.
Rekaan lampu berbentuk buku |
Di booth yang lain ada terlihat sesi membaca. Mungkin penulis buku itu sendiri yang memperdengarkan tulisannya kepada pengunjung.
Kami meneruskan perjalanan dengan bergerak ke dewan pameran antarabangsa. Banyak negara terlibat mempamerkan buku-buku dalam pelbagai bahasa. Tidak ketinggalan, Malaysia. Antara buku yang dipamerkan adalah buku yang berlabel "50 Best Malaysian Titles for International Rights 2015". Suasana pun sudah tidak meriah kerana kami sudah lewat. Namun sempat juga merasa beberapa potong murtabak yang disediakan untuk pengunjung. Pameran Buku Fixi kelihatan juga di satu booth yang lain.
Di booth Indonesia pula (bukan di dalam dewan khas tadi) sedang berlangsung wacana. Pemandangan yang serupa apabila kami melawat booth Indonesia dalam pesta ini tahun lepas.
Booth Iran pula ada ceritanya yang tersendiri. Mereka menarik diri dari pameran ini, dikatakan sebagai protes ke atas kehadiran Salman Rushdie di konferens pembukaan pesta buku ini. Salman Rushdie dikenali mencetuskan kontroversi melalui novelnya "The Satanic Verse" yang diterbitkan pada tahun 1988. Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu, Khomeini, ada mengeluarkan fatwa untuk membunuh Salman Rushdie. Mungkin inilah sebabnya mereka berprotes.
Saksikan rakaman jelajah kami di Iran sebelum ini:
Booth negara-negara Arab tidak sempat dikunjungi kerana sebahagiannya sudah ditutup. Kalau pada tahun lepas negara-negara ini banyak memberi bahan-bahan percuma seperti buku, poster, cakera padat dan permainan. Booth bahasa-bahasa Eropah dan bahasa Inggeris masih lagi dibuka namun tidak dikunjungi kerana sudah kesuntukan masa.
Sempat membawa balik beberapa buah tangan. Antara yang penting ialah senaskhah penerbitan daripada booth "Deutsch-Israelische Gesellschaft e.V" atau "Persatuan Jerman-Israel" yang bertajuk "Dua Titik Pandang Mitos Nakbah". Juga, naskhah Grundgesetz atau Undang-Undang Asas Jerman dari booth kerajaan Jerman.
Pada tahun 2014 kami sempat membuat rakaman video pesta ini. Saksikan video-video lain di https://www.youtube.com/user/syamirulm
syamirulm@gmail.com
19 Oktober 2015,
Biberach an der Riss,
Jerman.
Bahagian buku-buku Islam |
Bahagian buku-buku Kristian |
Golongan Ahmadiyyah |
Terjumpa juga satu booth yang berlabel Integrationskomitee Iranischer Fluechtlinge Deutschland yang bermaksud Komiti Pelarian Iran Jerman. Di booth ini ada pameran bertemakan "undang-undang Islam" atau dalam bahasa Jermannya Islamische Gesetze. Pernah juga melihat pameran serupa di jalanan seketika dulu.
Kami meneruskan perjalanan dengan bergerak ke dewan pameran antarabangsa. Banyak negara terlibat mempamerkan buku-buku dalam pelbagai bahasa. Tidak ketinggalan, Malaysia. Antara buku yang dipamerkan adalah buku yang berlabel "50 Best Malaysian Titles for International Rights 2015". Suasana pun sudah tidak meriah kerana kami sudah lewat. Namun sempat juga merasa beberapa potong murtabak yang disediakan untuk pengunjung. Pameran Buku Fixi kelihatan juga di satu booth yang lain.
Di booth Indonesia pula (bukan di dalam dewan khas tadi) sedang berlangsung wacana. Pemandangan yang serupa apabila kami melawat booth Indonesia dalam pesta ini tahun lepas.
Ruang makan di booth Malaysia |
Singapura |
Jepun |
Korea |
China |
Wacana di booth Indonesia |
Saksikan rakaman jelajah kami di Iran sebelum ini:
Booth negara-negara Arab tidak sempat dikunjungi kerana sebahagiannya sudah ditutup. Kalau pada tahun lepas negara-negara ini banyak memberi bahan-bahan percuma seperti buku, poster, cakera padat dan permainan. Booth bahasa-bahasa Eropah dan bahasa Inggeris masih lagi dibuka namun tidak dikunjungi kerana sudah kesuntukan masa.
Iran berprotes |