Halaman

Kutipan Dana Pembinaan Surau Baru SMAP Labu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian kepada Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari Pembalasan. 

Amma ba'du.


Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Keutamaan Bersedekah Jariyah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, 
"Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, atau ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya" (Riwayat Muslim)
Umum mengetahui, bahawa melalui amalan sedekah jariyah, pahala akan terus 'mengalir' untuk si pemberi sedekah meskipun dia sudah meninggal dunia.

Oleh itu, amalan sedekah jariyah adalah menjadi pilihan orang yang bijak. Ini kerana, orang yang bijak adalah orang yang mengingati kematian lalu menyediakan persiapan sebaik-baiknya untuk keadaan selepas kematiannya.

Hal ini berdasarkan Hadis Nabi, iaitu apabila Nabi Muhammad ditanya tentang siapa dikalangan orang beriman yang paling bijak, 
Baginda menjawab: "Yang paling banyak mengingati kematian diantara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang bijak." (Riwayat Ibnu Majah)
Kiranya, salah satu peluang yang baik untuk direbut ialah peluang untuk menyumbang dalam Tabung Pembinaan Surau Baru SMAP Labu.


Mengenai SMAP Labu dan Suraunya.


Musolla Al-Mustaqim merupakan surau yang digunakan ketika ini.
Secara ringkasnya, SMAP Labu (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu) adalah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) beraliran Agama yang terletak di Jalan Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

SMAP Labu dahulunya dikenali oleh generasi terawal sebagai SMAWiP (Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan) yang ditubuhkan pada tahun 1982. Sekolah ini telah beberapa kali dipindahkan dan kini terletak di Labu.

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh beraliran agama, maka SMAP Labu telah mempunya bangunan suraunya yang tersendiri yang lebih dikenali sebagai Musolla Al-Mustaqim.

Lebih menarik, surau ini telah diisytiharkan sebagai “Surau Jumaat” dimana di dalamnya dibolehkan untuk didirikan Solat Jumaat.

Namun begitu, keadaan surau sedia ada tidak mampu menampung keperluan sekolah dan keseluruhan pelajarnya. Antaranya termasuklah tidak mampu menampung kapasiti pelajar yang ramai, kekurangan pada kemudahan bilik-bilik khas (tandas, bilik bacaan dll) dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman sebagai bekas pelajar, rentetan daripada masalah ini, pelbagai aktiviti untuk pelajar tidak dapat dijalankan dengan begitu sistematik seperti solat berjemaah (SAQSI), aktiviti ceramah dan pengajian agama, Tahsin Al-Quran, program usrah, solat terawih, solat hajat, kursus, seminar dan banyak lagi.

Hal ini sewajarnya tidak berlaku, kerana sekolah yang memegang prinsip “Iklim Dini Teras Kecemerlangan” ini seharusnya mempunyai sebuah surau yang baik keadaannya bagi memacu pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah, dalam agenda melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia, sejahtera di akhirat.

Maka, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL) telah bersepakat untuk mewujudkan sebuah surau baru bagi memenuhi segala keperluan yang kritikal ini.


Bahagian dalaman surau sedia ada. Hanya pelajar lelaki sahaja yang mampu ditampung oleh surau ini.

Perincian Surau Baru SMAP Labu

Insya Allah, disini saya lampirkan sedikit sebanyak tentang surau baru yang bakal dibina ini.

Tapak:
Pembinaan surau baru dua tingkat di atas tapak surau sedia ada dengan keluasan lebih kurang 0.8 ekar.

Kemudahan:
1. Dewan Solat Utama; di tingkat bawah dan boleh menampung sehingga 500 orang jemaah dalam satu-satu masa.
2. Dewan Solat; di tingkat atas juga boleh menampung 500 jemaah.
3. Ruang Mimbar; di hiasi ukiran ayat-ayat suci Al-Quran.
4. Mihrab Imam
5. Bilik Imam; untuk kegunaan Imam sebelum dan selepas solat serta khutbah.
6. Bilik Sistem PA; menempatkan peralatan system audio.
7. Bilik Musyawarah/Perpustakaan; untuk kegunaan jawatankuasa dan bilik bacaan.
8. Tandas Lelaki dan Perempuan
9. Ruang Wuduk; di kawasan lapang belakang surau.
10. Wakaf; tempat istirahat.
11. Kabinet build-in; untuk menyimpan naskhah Al-Quran.
12. Air Pancut.
13. Dataran, dan
14. Stor.

Kos dan Perolehan Dana:
Anggaran kos keseluruhan ialah RM 2,500,000.00 (2.5 juta). Dana diperoleh daripada dana khas PIBG berjumlah RM 35,000.00, derma orang ramai dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, wakaf individu dan organisasi serta kutipan dari Persatuan Bekas Pelajar (IKMAL).


Antara aktiviti yang diadakan: Solat Terawih berjemaah di Dataran Sekolah.

Cara Menyumbang

Sumbangan boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya;

1. Menyerahkan sumbangan kepada mana-mana sukarelawan IKMAL (pemegang kupon) yang terdekat, termasuklah diri saya sendiri (nama dan keterangan ada tertera di bawah sekali). Setiap exco dan ahli jawatankuasa IKMAL juga merupakan pemegang kupon. Berikut adalah senarai nama mereka;

Presiden IKMAL  : Ahmad Zaki Ahmad Rafa’i (019-2170789),
Timb. Presiden     : Wan Azhar Wan Ahmad (019-2644496),
Naib Presiden       : Hanif Hassan (012-6832161),
Setiausaha Agung : Chairil Anwar (017-3000394),
Bendahari             : Fadhal Asri (019-2628759),
dan lain-lain.

2. Sumbangan secara bank-in ke akaun IKMAL. Diminta untuk anda maklumkan juga jumlah sumbangan yang telah anda bank-in tadi kepada mana-mana exco atau ahli jawatankuasa IKMAL untuk tujuan yang penting seperti penyelarasan dan lain-lain. Akaun Maybank IKMAL: 564191012479

Kredit kepada pemilik asal gambar ini.

Penutup

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberkati usaha ini, serta menjadikanya satu usaha yang mencapai kejayaan. Segala bantuan anda dalam pelbagai bentuk amatlah kami hargai dan alu-alukan. Sebarang persoalan bolehlah dirujuk kepada nama-nama yang berkenaan di atas.
Kepada Allah kami bertawakkal.

Wallahu a’lam.

Ditulis oleh:

Mohd Syamirul Huzseini Bin Mohamad Isa.
Sukarelawan (Bukan AJK Rasmi IKMAL),
Pelajar INTEC, UiTM Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
Bekas Pelajar SMAP Labu 2006-2010.
Tel: 017-2345393



Rujukan lain:


Tambahan: Alhamdulillah, pada 26 Disember 2012 bersamaan 12 Safar 1434 yang lalu, wang sumbangan untuk Projek Pembinaan Surau Baru SMAP Labu yang didermakan melalui saya dan sahabat saya (Muhammad Rushdi Mohamad) telah berjaya diserahkan kepada Bendahari IKMAL, Sdr Fadhal Asri. Maka, mulai saat ini, saya tidak lagi membuat kutipan ini. Sebarang sumbangan, bolehlah disalurkan melalui cara-cara lain yang dinyatakan di atas.



4 comments:

  1. Assalam. Perlu rasanya bagi pihak IKMAL memperlihatkan kadar kutipan terkini dan baki kutipan yang diperlukan agar ianya dapat merangsang lagi semangat para bekas pelajar untuk menyumbang bagi merealisasikan impian bersama. - Zairul batch SPM 2004

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Benar, saya setuju. Mungkin cadangan ini boleh disampaikan pada pimpinan IKMAL.

    ReplyDelete

Terkini

Ulasan Buku 2019

Di penghujung tahun 2019 ini, saya senaraikan beberapa buah buku yang sempat dibaca sepanjang tahun ini, sebagai nota peribadi dan cadang...