TERKINI - 18 Oktober 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Ramadan yang lepas telah diadakan Kutipan Dana Pembinaan Surau SMAP Labu Edisi Eropah. Dengan ini, jumlah kutipan diumumkan sebanyak RM2820.00. Wang kutipan telah diserahkan kepada Bendahari IKMAL pada tarikh 22 September 2014.
Jutaan penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dari segi sumbangan dan pengurusan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Ramadan yang lepas telah diadakan Kutipan Dana Pembinaan Surau SMAP Labu Edisi Eropah. Dengan ini, jumlah kutipan diumumkan sebanyak RM2820.00. Wang kutipan telah diserahkan kepada Bendahari IKMAL pada tarikh 22 September 2014.
Jutaan penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dari segi sumbangan dan pengurusan.
Biberach an der Riss,
18 Oktober 2014.
18 Oktober 2014.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya dan beberapa orang rakan adalah bekas pelajar salah sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, yang bernama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu). Maklumat lanjut mengenai sekolah ini boleh dirujuk melalui pautan ini:
Persatuan Bekas Pelajar SMAP Labu (lebih dikenali sebagai IKMAL) beserta pihak sekolah kami kini sedang mengembleng tenaga untuk mengumpul dana bagi merealisasikan harapan untuk membina sebuah masjid baru di sekolah kami.
Surau Sedia Ada
Untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan, surau sedia ada (Surau Al-Mustaqim) adalah kecil dari segi saiznya, yang sehingga kini hanya mampu digunakan oleh pelajar-pelajar lelaki. Pelajar-pelajar perempuan pula terpaksa menggunakan sebuah ruang di tingkat bawah asrama mereka sebagai surau.
Surau Al-Mustaqim, surau sedia ada yang hanya mampu memuatkan pelajar lelaki. |
Tambahan pula di surau ini juga didirikan solat Jumaat, dan keadaannya agak sesak apabila solat Jumaat berlangsung. Malangnya, keadaan begini masih berlarutan buat sekian lamanya dan terus dilalui warga sekolah hingga ke hari ini. Pada bulan Ramadan pula, para pelajar akan mendirikan solat Terawih di dataran perhimpunan sekolah, itupun jika cuaca baik. Jika tidak, ia terpaksa dibuat di dalam dewan besar sekolah atau di dalam surau asrama masing-masing.
Solat Terawih dan Solat Hajat Perdana biasanya diadakan di dataran perhimpunan. |
Sebagai sebuah sekolah agama, peranan surau semestinya tidak hanya terhad kepada penggunaan ketika waktu solat semata-mata. Kemudahan surau sedia ada telah dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan lain seperti aktiviti-aktiviti ceramah agama, tadarrus Al-Quran, program kuliah kitab, bengkel-bengkel, program usrah, program tazkirah, majlis bacaan Yasin dan doa selamat, bacaan Al-Ma'thurat dan sebagainya. Namun begitu, aktiviti-aktiviti ini tidak dapat berjalan dengan begitu cemerlang kerana kekurangan pada prasarana surau ini.
Bahagian dalaman Surau Al-Mustaqim SMAP Labu |
Masjid Baru
Oleh itu, kami dengan berbesar hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama menyumbang dari segi kewangan untuk pembinaan surau atau masjid baru ini. Maklumat mengenai cadangan pembinaan masjid baru ini adalah seperti berikut:
Ilustrasi Masjid Baru SMAP Labu |
Tapak:
Pembinaan surau baru dua tingkat di atas tapak surau sedia
ada dengan keluasan lebih kurang 0.8 ekar.
Kemudahan:
1. Dewan Solat Utama; di tingkat bawah dan boleh menampung
sehingga 500 orang jemaah dalam satu-satu masa.
2. Dewan Solat;
di tingkat atas juga boleh menampung 500 jemaah.
3. Ruang Mimbar;
di hiasi ukiran ayat-ayat suci Al-Quran.
4. Mihrab Imam.
5. Bilik Imam;
untuk kegunaan Imam sebelum dan selepas solat serta khutbah.
6. Bilik Sistem
PA; menempatkan peralatan system audio.
7. Bilik
Musyawarah/Perpustakaan; untuk kegunaan jawatankuasa dan bilik bacaan.
8. Tandas Lelaki
dan Perempuan
9. Ruang Wuduk;
di kawasan lapang belakang surau.
10. Wakaf; tempat istirahat.
11. Kabinet build-in; untuk menyimpan naskhah Al-Quran.
12. Air Pancut.
13. Dataran.
14. Stor.
Kos dan Perolehan Dana:
Anggaran kos
keseluruhan ialah RM 2,500,000.00 (2.5 juta). Dana diperoleh daripada dana khas
PIBG berjumlah RM 35,000.00, derma orang ramai dengan kebenaran Jabatan Agama
Islam Negeri Sembilan, wakaf individu dan organisasi serta kutipan dari
Persatuan Bekas Pelajar (IKMAL).
Cara Menyumbang
Cara menyumbang yang akan ditunjukkan di bawah ini adalah untuk mereka yang ingin membuat sumbangan dari negara-negara dalam Kesatuan Eropah (EU). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan dari Malaysia, sila klik pautan ini.
Terdapat beberapa kaedah untuk menyumbang dari Eropah, dijemput untuk memilih kaedah yang sesuai antaranya;
Kaedah 1: Memindahkan (transfer) amaun wang yang ingin didermakan ke dalam salah satu akaun bank di bawah. Sila maklumkan kepada pemilik akaun bank berikut tentang bilangan sumbangan yang telah anda untuk tujuan dokumentasi. Maklumat mengenai pemegang akaun ada tertera di bawah.
Jerman:
Mohd Syamirul Huzseini Bin Mohamad Isa
Biberach, Baden-Württemberg.
IBAN: DE97 6927 0024 0999 5226 00
Emel dan Whatssap: Rujuk di hujung artikel ini.
Mohd Syamirul Huzseini Bin Mohamad Isa
Biberach, Baden-Württemberg.
IBAN: DE97 6927 0024 0999 5226 00
Emel dan Whatssap: Rujuk di hujung artikel ini.
Perancis:
Muhammad Farhan Bin Ibrahim
Grenoble.
IBAN: FR76 3000 4003 7100 0065 4247 558
Emel dan Whatssap: Rujuk di hujung artikel ini.
Muhammad Farhan Bin Ibrahim
Grenoble.
IBAN: FR76 3000 4003 7100 0065 4247 558
Emel dan Whatssap: Rujuk di hujung artikel ini.
Kaedah 2: Menyertai Kumpulan Derma Bulanan 2 Euro. Sila daftarkan diri anda dengan menghantar mesej Whatsapp kepada salah seorang daripada pemilik akaun bank di atas. Mereka yang telah mendaftar akan menerima mesej peringatan mesra untuk menderma pada setiap hujung bulan, hingga hujung tahun 2014 ini. Jumlah sumbangan tidak terikat pada 2 Euro, boleh menyumbang lebih. Sila maklumkan kepada pemegang akaun setelah membuat sumbangan.
Kaedah 3: Menyertai Kumpulan Derma Mingguan Ramadan. Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, kami turut menyediakan kaedah yang serupa dengan kaedah 2 di atas. Bezanya adalah mesej peringatan mesra akan dihantar kepada anda secara mingguan sepanjang bulan Ramadan tahun ini (2014). Jumlah sumbangan juga tidak terikat. Sila maklumkan kepada pemegang akaun setelah membuat sumbangan.
Penutup
Demikianlah beberapa kaedah yang ditawarkan kepada anda untuk memudahkan proses menderma semudah mungkin. Sebarang persoalan bolehlah dirujuk kepada kami. Kami memohon kepada Allah S.W.T agar melimpahkan redhanya kepada mereka yang terlibat dalam projek ini secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, penglibatan anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih dan kami sangat alu-alukan dengan tangan terbuka. Insya Allah. Sekian.
23 Mei 2014
Biberach an der Riss, Republik Persekutuan Jerman.
Catatan disediakan oleh:
Mohd Syamirul Huzseini Bin Mohamad Isa,
Bekas Pelajar SMAP Labu (SPM 2010),
Biberach an der Riss, Republik Persekutuan Jerman.
Emel: syamirulm@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/syamirulm
Whatsapp: +49 151 71611674
Muhammad Farhan Bin Ibrahim,
Bekas Pelajar SMAP Labu (SPM 2010),
Grenoble, Republik Perancis.
Emel: farhan5543@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/hunt00
Whatsapp: +33 7 77 86 05 57
No comments:
Post a Comment